Koleksi Cerpen!
Dipenghujung Cinta Adam
Thursday 4 October 2012 | 07:16 | 7 Panda!
 Cerpen ke -5 .Maafkan fiza if ada TYPO.. Takde Yang Perfect Okay hehehe enjoy ye ^^

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja

Hari-hari aku dengar lagu ini, Setiap kali dengar mula lah mata ini gedik nak keluar air mata, aku mengenangkan hubungan yang pernah terjalin antara aku dan Qalif .. bekas tunang yang aku begitu sayang sehingga satu masa dia telah membunuh hati aku, membunuh kepercayaan aku pada cinta,  dia jugalah yang telah membuat aku merasa betapa sakitnya apabila cinta yang aku hulurkan,setia yang aku taburkan dan janji yang aku terima darinya…ternyata itu semua hanya sia-sia.
Pertama kali aku bertemu si dia, aku rasa dia jodoh aku, aku mula rindu pada Qalif, Dan paling best Qalif juga merasakan hal yang sama, Aku bertanya pada diri sendiri, Mungkinkah dia jodohku? Aku sebagai manusia tak nak impikan terlalu tinggi, Yelah walaupun kita merancang dengan baik, Tetapi rancangan Allah lagi baik ...

Saat aku menerima lamaran Qalif, aku seakan tidak  percaya aku lah gadis yang bertuah mendapatkan Qalif sebagai teman hidup, Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana memberi aku peluang memiliki Qalif...
Aku dan Qalif telah bertunang selama 4 tahun , Aku yang masih baru bekerja ingin mengumpul harta sebelum berkahwin untuk masa depan kami juga, Baru fikir fasal kahwin, sepanjang aku dan Qalif bertunang aku bahagia sangat sebab Qalif selalu berada disisi aku waktu susah dan senang...

Namun bahagia yang aku inginkan selamanya bertukar sejarah hitam bagi episod cinta ku ini
Aku Bukan Pengarah Dalam Episod Cinta Ini..
Aku Bukan Heroin Dalam Episod Cinta ini..
Tapi Aku Hanya Watak Sampingan Yang Tabah Melalui....TABAHkah?? hurmm

Qalif rupanya sudah mempunyai tunangan lain sebelum aku, Ya Allah terasa diriku di perbodohkan oleh insan yang aku begitu sayang sehingga terjalin sebuah ikatan tali pertunangan antara kami berdua.... Aku terpampan dengan keadaan ini.Apa yang harus aku lakukan?Aku cintakan dia.Dia juga cintakan aku.Tapi benarkah dia cintakan aku?Habis tu kenapa Qalif sanggup tipu aku sampai macam ni sekali?

"Kenapa awak sanggup tipu saya Qalif?, Kenapa awak mainkan hati saya Qalif?Kenapa awak buat semua ini Qalif!! Aku mula naik hantu dengan Qalif saat ini, Aku sendiri nampak dengan mata kepala aku Qalif bermesra dengan perempuan lain mereka berpegangan tangan seperti pasangan yang baru bernikah!...Saat itu, aku mula sedar Qalif adalah milk orang lain bukan aku! Aku perampas tunang orang! betapa aku rasa diperbodohkan!...

Qalif cuba merayu padaku supaya mendengar penjelasan dia, Aku hanya sekadar pandang dia dengan pandangan benci, aku begitu membencinya..

"Maafkan Qalif,Qalif ikhlas nak memperisterikan Erdina.Qalif memang nak berterus terang tapi Qalif takut Erdina marah Qalif dan tinggalkan Qalif,Qalif cintakan Erdina…”

"Apa awak kata? cinta? Awak ni mereng ke?Cinta itu harus jujur,Qalifl!Sampai hati awak tipu saya, Awak bagi saya cinta, Awak bagi saya harapan, Kenapa awak buat macam ni pada saya!? "

Qalif hanya tertunduk! kepalanya digelengkan, hurm! Dia seakan tidak punyai di atas setiap soalan yang aku tujukan pada dia tadi.. Kau memang dah melampau, Qalif!

"Qalif, saya tak sangka awak yang selama ini selalu ingatkan saya tentang kejujuran rupanya diri sendiri tak jujur, mana pergi semua yang awak cakap pada saya Qalif!?" Saya jujur dengan awak, Nak curang dengan awak tiada dalam kamus hidup saya,Tapi ini balasan awak pada saya , Kesetiaan saya untuk awak hanya sia-sia Qalif, Bodohnya saya rasa sekarang! Kecewa dengan awak Qalif..

Sejak kejadian itu aku mula tak percaya akan cinta, Aku betul -betul putus cinta, Qalif masih lagi memujuk dan cuba merayu agak aku teruskan hubungan ini, aku tak mungkin pernah terima lagi Qalif, dia hanyalah seseorang jejaka yang ajar aku erti putus cinta dan khianat yang sangat cukup memberi kesan pada hidup aku! Aku bukan perampas! aku tak nak terima Qalif sebab aku tak kan bahagia sekiranya aku memilih Qalif sekali lagi, akan pelbagai masalah yang timbul di kemudian hari
Selepas semua ini berlaku aku bekerja pun tak bersemangat, hilang semua keyakinan aku, aku cuba bangun namun begitu sukar.... Akhirnya aku bercuti tanpa gaji selama 3 bulan...Aku pergi bercuti di tempat jauh dari bandar , setelah lama aku kecundang , aku mula terima pada Qada dan Qadar Allah yang Qalif bukan jodoh yang terbaik untuk aku...Tapi aku tetap tak boleh terima cinta sesiapa lagi buat masa ini, Aku tahu cinta terhadap Qalif tak boleh aku buang dan lupakan macam itu sahaja perlu ambil masa nak buang kenangan aku dan Qalif

"Hai Ida" Aku menegur kawan sepejabat aku, Noraida ,dia dah kahwin anak dua dah, Aku kadang -kadang aku cemburu dengan dia sebab dapat suami macam Syahran baik, caring dan paling bertuah dia setia bukan macam Qalif! errr...

"Hey, Erdina!!"Jerit Ida lihat aku didepan dia,Dia bingkas bangun lalu memeluk tubuhku.Hatiku rasa sedikit terharu.Ida faham benar dengan apa yang terjadi dengan aku sekarang.Kerana dia baik dan bekas  teman serumahku sebelum dia berkahwin.Oh,Ida…Terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku selama ni.

"Er, kau macam mana sekarang dah okay ke? Lega? Dah boleh lupakan jantan itu?" Ida bertanya dengan nada sayu, Mungkin dia masih kasihan dengan nasib aku

Aku hanya mengulum senyum.Tak ada niat nak tinggalkan Ida terkebil-kebil tanpa menjawab soalan dia..cuma aku belum bersedia nak bagi jawapan hurmm ..aku terus berjalan ke bilik, dah 3 bulan tinggalkan pejabat ingatkan berhabuk rupanya tidak, Mesti Ida yang selalu bersihkan.. baiknya sahabat aku sorang ini ...


**************
"Hey sayanng, Bila masuk kerja ini, Abg tak perasan pun " Adam terus duduk atas sofa yang tersedia dalam pejabat aku, Sesuka hati jiwa dia je nak panggil aku sayang-sayang, tak sayang mulut gamaknya err....

"Kau ini kalau masuk memang tak pandai bagi salam or ketuk pintu ke?' Sinis sahaja suara aku pada Adam, Yelah bukan aku tak tahu dia datang sini pun sebab nak cari gaduh dengan aku, kebiasaannya memang kitaorang akan bertekak padahal kitaorang rakan sepejabat dan bertugas di unit yang sama... pokoknya memang aku dan Adam tidak sebulu.... Tak seangkatan lah kalau dia A aku mesti B! Adam seorang yang menyakitkan hati, Dah paling aku benci dengan dia, Dia buaya darat, mentang-mentang kacak, banyak duit sesuka hati je mainkan hati anak dara orang... macam Qalif! .....

Tok.Tok.Tok
Adam membuat aksi seperti sedang  mengetuk pintu ..menyampah betul.. aku serius dia asyik main-main je..gerammmm...

"Malas aku nak layan perangai otak tak center kau ini, Hah, yang kau datang sini pehal?" Adam memandang aku dengan senyuman yang aku tahu maknanya..nak mengatal lah tu! Aku mencebik ...

"Kau tak payah nak renung aku mcm itu lah.rimas tau tak!?"Tak betah aku balas renungan buaya tembaga ini...

"Okay sorry lah, Er kau nie sejak break dgn si Qalif itu , aku tgk kau dah banyk berubahlah, Makin cantik.."Meleret sahaja senyuman Adam pada aku, Hah! aku debik kau kang! banyak dia punya cantik, berat badan aku dah turun adalah, Dulu aku gemuk , lemak sana- sini, sekarang macam dah tinggal tulang sahaja.. hurmm penangan putus tunang memang membunuh selera aku juga... aku mengeluh sambil merenung tajam pada  Adam....
dia sekadar senyum seperti tadi.... haishhh benci betul..

"Kau kalau datang sini nak ejek atau perli aku, Silakan lah ..aku dah lali lah Adam!"Tegas aku menjawab ..

"Eh, eh, maafkan aku Er, aku bukan nak perli kau lah..memang kau cantik , dah kurus...dulu kan kau" Adam menggembungkan pipi  ...haishhh dia kata aku gemuk! err...

"Ye aku gemuk now aku kurus, kau kisah apa??" Aku mendengus kasar..kurang ajar betul Adam ini, mulut memang macam longkang ! arghhh

"Aku kisah lah, sebab aku suka kau"Adam tidak memandang wajah aku, Dia hanya jatuhkan pandangan pada  meja ..Aku aneh, dia kata apa tadi?..SUKA?!! sah gila Si Adam ni!..

"Aku sayang, cintakan kau yang gemuk itu, bukan yang macam ini kurus sangat nanti dah kahwin tak best lah nak peluk.."Seloroh sahaja kata-kata Adam....Gila ke, aku baru putus tunang dia ajak aku kahwin? Adam Haiqal!! Jerit aku dalam hati..

"Kau ini pehal, Aku tak de masa nk gurau-gurau dgn kau, Kau balik tempat kau boleh tak, Aku banyk kerja ini Adam, Lain kali je kita bertegang urat ye..aku tahu kau rindu nak bertekak dengan aku kan..."Aku memberi jelingan tajam pada Adam...

"Aku serius sayang kau Er, Masa kau tunang aku yang paling frust tahu tak? Aku ingat nak berubah dari terus jadi playboy nie, Tapi sebab kau bertunang lah aku batalkan niat itu, aku yakin kau bukan utk aku ,kau milik Qalif,, tapi 3 bulan lalu bila aku tahu kau dah putus, Aku mula bagi harapan utk diri aku sendiri supaya dapat memiliki kau ...Aku betul-betul sayangkan Erdina Syifa" Aku kehilangan kata-kata..Hati aku mula rasa semacam... Adam luahkan perasaan pada aku? Aku mimpi ke?

"Adam! kau cakap apa ini? Kau jangan nak gurau lah..Aku benci tahu? Kau kalau nak bertekak dengan aku pun bukan dengan ini caranya"Marah aku, Adam ini agak-agaklah kalau nak bergurau pun haishh

"Aku tak gurau Er..Aku betul sayangkan kau, Aku tahu kau mesti pelik kan kenapa aku suka kan kau ....hurmmm nanti aku bagitahu sebabnya" Jelas Adam pada aku yg masih terkebil-kebil seperti blur pun ada.....Adam meninggalkn aku dah terus balik ke bilik dia...

*************
Adam mengajak aku pergi makan tengahari, Aku berkeras tak mahu ikut , namum Adam tetap memujuk aku supaya ikut dia, kerana dia ada something nak cakap dengan aku, Bila dia cakap ada SOMETHING, Aku teringat fasal luahan hati dia tempoh hari, Aku semakin tak selesa dengan Adam, lagi-lagi keluar berdua..hurmmm Akhirnya aku ikutkan sahaja kehendaknya kerana makin rimas pula dia merayu-rayu paksa aku ikut ....

"Kenapa kau  suka lari dari aku, Er, Apa salah aku?"Kau segan ke?Atau kau rasa gelisah bila berdepan dengan orang kacak macam aku ini..."Adam mengeluarkan statement PERASANTAN dia lagi.Sepanjang-panjang perjalanan mereka ke restoran tadi,lelaki itu tak habis-habis mengeluarkan kenyataan seperti itu.Aku semakin tak suka dengan cara dia melayan aku..aku debik jugak mamat nie kang!

“Aku sayang kau Er, Aku sayang kau sangat, Kita Kahwin nak?"
Sebaris ayat itu membuat aku terpana.Hilang terus seleraku untuk menikmati juadah kegemaranku ini.Adam ini memang Spoil mood betul lahh

"Kenapa kau diam, Kau still tak percaya aku sukakan kau ?"Adam semakin melampau lah, Asyik desak aku je..Aku hanya sekadar diamkan diri ..malas nak membalas soalan -soalan yang tak masuk diakal..Adam suka aku? rasa nak ketawa sampai menangis pun ada! haishhh

"Aku memang tak kan percaya, Kau playboy, Kejadahnya kau suka perempuan macam aku ini Adam, Jangan nak melawak lah.... "Marah aku pada Adam, dia ingat aku ini apa? tempat dia bergurau senda ke apa hah!?Aku harap Adam mengerti.Adam tidak bodoh untuk faham maksud kata-kata aku tadi.Buktinya lelaki itu mengeluh saja.

“Hmm… Aku tahu Qalif dah kecewakan kau, Bagi aku peluang Erdina Syifa, Please  aku takkan pernah kecewakan wanita yang aku sayang.Aku akan sayang kau sampai akhir hayat aku.”Bersungguh Adam menyatakan impian dia untuk bersama aku, Sungguh aku tak layan kata-kata mu wahai Adam buaya tembaga

“Dan aku nak bahagiakan kau sehingga akhir hayat aku,Erdina Syifa.Will you marry me?”Sambung Adam.....Sudah.Aku tercengang.Mulutku melopong.Mataku terpaku memandangnya.

"Apa kau merepek ini Adam Haiqal? Kau tak mabuk kan? Aku tak kan terima kau, Ini kan kahwin dengan kau? Aku dah benci cinta...Aku dah bunuh cinta ... "Aku ingin bangun.Namun,Adam pantas memegang tangannya memaksa aku duduk.

"Duduk dulu Er ,Aku belum habis cakap lagi,Kau dengar dulu apa aku nak cakap kat kau sampai habis then ,Kau buatlah keputusan after this , Please Erdina"mata Adam kelihatan cukup redup.Bagaikan dia terlalu berharap untuk aku terus setia mendengar.Akhirnya aku hanya mampu menurut kehendaknya.Punggung dilabuhkan kembali ke kerusi.Aku bersedia mendengar ceritanya.

Adam menarik nafas.Tak lepas matanya dari memandang aku.Sungguh,aku tak suka menerima pandangan redupnya itu.Hati aku…hati aku rasa sesuatu…

"Dengar sini Er, kau percaya dengan cinta pandang pertama tak? "Terkesima aku dengar soalanya.

"jawablah Erdina, kau percaya tak, Aku perlu jawapan jujur dari kau"Adam seakan memaksa aku, dan aku masih diam sambil merenung mata dia...Aku mengeluh, Sungguhnya aku benci dengan soalan yang ditujukan pada aku..Percayakah aku dengan cinta pandangan pertama? Seingat aku pertama kali aku berjumpa Qalif, Aku dapat rasa getaran hadir dalam hati aku, Saat itu, aku tahu, Aku mula jatuh cinta pada Qalif.

"Aku percaya kau percaya dengan cinta pandang pertama,Er, begitu juga aku, Aku player yang dikenali kat KL ini dah tangkap cinta dengan Erdina Syifa, Pertama kali aku jumpa kau time kau mula-mula masuk kerja dulu aku terus jatuh cinta, Masa itu badan kau gemuk, tapi aku tak pandang itu semua,sebab hati aku berdegup tengok senyuman kau Er, Senyuman kau menawan hati aku Er, pada mulanya aku sendiri tak percaya dengan rasa yang hadir dalam hati aku, tetapi makin lama aku amati, Benar Erdina Syifa sudah curi hati aku, dan sekarang aku nak tuntut balik hati aku, Kau kena jaga hati aku yang curi itu..dengan berkahwin dengan aku..."Adam menjelaskan semuanya pada aku, Panjang lebar, kalau buat esei pun boleh agaknya, Aku hanya mendengar tetapi tak menunjuk apa-apa reaksi nak memotong setiap bait- bait yang keluar dari mulut Adam ...Sungguh tenang Adam menuturkan itu semua.Lelaki itu memang tenang.Tak pernah pula aku melihat Adam naik angin dan stress dengan kerja-kerjanya.Adam memang seorang yang tak cepat melatah.

"Erdina Syifa percayalah Adam Haiqal memang dah jatuh cinta dengan Er. Adam mengaku, Adam memang pernah bercinta, Macam  Er juga , Bercinta bertahun-tahun lamanya, Tapi itu semua hanya membuatkan Adam serik bercinta, sering dikecewa oleh cinta, Sebab itu Adam jadi player tersohor KL ...Tetapi dengan kemunculan Er, Adam rasa tiba masanya Adam berubah,.... Adam nak kita terus sahaja berkahwin, bercinta selepas kahwin, Adam rasa itulah paling baik dan itu lah saat paling indah" Bersungguh -sungguh Adam menuturkan ayat-ayat indah dia itu,Panggilan dari berkau aku..terus panggil nama.. kalau wanita lain maybe dah cair kot ..tapi aku....hurmmm Aku mula resah dengan permintaan Adam, Aku berkahwin dengan Adam? sedangkan aku sudah mula benci  CINTA ,bagaimana nak kahwin dengan Adam Haiqal? Hati aku masih ada dia. Qalif! ..Aku mengeluh kuat depan Adam....

"Kau jangan nak merepek lah Adam, Aku tak mungkin bersetuju dengan permintaan gila kau ini, Aku tak nak bercinta lagi, Sebab aku benci cinta kau faham tak!.."Aku terus bangun, Malas nak mendengar Adam dari terus merapu yang lebih dahsyat lagi.Tak sangka pulak,ada lelaki yang sanggup melamar aku seperti ini.Tak mungkin aku terima dia dalam hidup aku!

Tiba-tiba tanganku ditarik. Adam memegang tangan aku dengan kuat....

"Tunggu Erdina!, Bagilah Adam peluang, Adam bukan tak main-mainkan Er macam Qalif buat kat Er... Adam nak bahagiakan Er.Adam nak kahwin dengan Er, Benarkan Adam buat semua itu,Tolong Er, Adam merayu sangat-sangat"Adam menahan getaran suaranya.Aku pula cukup terkesan melihat wajah sayunya saat itu..Apa aku perlu buat..hurmmm

***********
"Kau dah kenapa nie Er? Aku tengok kau asyik termenung je, Jgn ckp kau nie tgh ingat mamat tu lagi" Seloroh sahaja Ida meneka ...Aku mencebik....Minah anak dua ini, tak habis-habis meneka , Kalau betul tak pa lah juga ni tak..buat sakit hati je...

"Hey kau ini Ida, Bukanlah.. Aku .."Tergantung ayat aku sebab ternampak kelibat Adam sedang berjalan menghampiri aku...belum sempat aku berlalu...Adam memanggil...

"Er, Boleh kita berbincang sedikit tak?"Tanya Adam pada aku..

"Kau nak bincang apa lagi? Kan aku dah cakap, Aku tak mahu kahwin dengan kau! Tak faham ke?"

"Please Er, Pertimbangkan dulu cadangan aku itu"Adam merayu - merayu pada aku, Aku tak tega nak pandang mata dia, hati aku tak betah sama sekali..aku mengaku, Aku pernah suka Adam. tapi sikap player dia  hanya  membuat aku berjauh hati dan saat itu lah munculnya Qalif namun semua itu sementara dan hanya kepalsuan...

"Adam, bagi Er masa boleh tak"Aku cuba bersuara lembut pada Adam, Aku tak mahu dia terus menerus ganggu aku..

"Adam hanya mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan aku dan Ida" Aku memandang Ida..Ida hanya menunjuk reaksi..seakan aku hutang penjelasan pada dia, Ida bukan buta tak nampak drama sebabak yang berlaku depan dia tadi, Dia mesti pelik selalunya aku bertekak dengan Adam....

"Okay-okay makcik Ida, nanti aku jelaskan. now aku nak buat kerja ..."Aku berlalu pergi pulang ke tempat aku....

Aku sudah puas fikir, Lamaran Adam tapi masih bergantung tanpa jawapan.. Sanggupkah aku mengecewakan keinginan seorang wanita tua  iaitu  nenek Adam, Ibu bapa Adam sudah lama meninggal dunia sejak Adam berusia 17 tahun , meninggal akibat kemalangan jalan raya, Dan Adam kata neneknya selalu sakit-sakit, Dia khuatir jikalau nenek Adam tak dapat lihat Adam berumah tangga...Takkan kerana mendengar simpati terhadap nenek Adam itu sudah membuat aku berbelah bagi seperti ini?Kenapa dengan kau ni,Erdina?

"Nenek Adam selalu sakit, Er..Adam hanya nak bahagiakan nenek sebelum dia menutup matanya buat selamanya, nenek sangat berharap agar Adam mengakhiri zaman bujang sementara dia masih hidup.Dia nak tengok Adam bersanding atas pelamin dengan wanita pilihan Adam sendiri "Tutur Adam lemah.Aku hanya dia mendengar ceritanya

"Er, dengan melihat Er membuat hati Adam berdegup hebat, melihat Er membuatkan Adam bersemangat untuk hidup, Adam dah jatuh hati pada Er, Adam nak kahwin dengan Er, bahagiakan Er dan bahagiakan Nenek Adam,"Kebahagiaan aku,kebahagiaan neneknya.Habis tu,kebahagiaan dia macam mana?

“Adam tak kisah kalau Adam tak bahagia.”Aku terpana.Tahu-tahu saja Adam apa yang tersirat dalam hati aku.

"Maaf Adam, Kau tak boleh paksa aku terima kau,"Aku bingkas bangun, tak sanggup nak dengar lagi pujuk rayu Adam meminta aku terima dia.

"Erdina Syifa, Sudi Er bagi Adam peluang selama sebulan untuk Adam pikat Er. Kalau lepas ini takde apa-apa perasaan pada Adam, Adam janji tak mengharap lagi" Adam benar-benar nekad ingin memiliki aku, sedangkan aku hanya diam tanpa menolak atau setuju dengan permintaan Adam, CINTA? masih ada harapankah aku merasai Cinta lagi?

Bermula lah atur cara pikat memikat Adam Haiqal .................arghhh runsingnya ...

*************
Telefon bimbitku berdering, Tertera nama Mamat Desperate A.k.a Adam Haiqal, tergelak aku setiap kali nama itu tertera di skrin telefon bimbit aku... memamg desperate pun Adam ini ..Ah.. nak angkat ke tak nak ya?

"Hello, Adam, hurmm nak apa" Errr tak sangka aku sudi jawab panggilan Adam, Erdina, kau dah kenapa ? Ah!

"Sudi pun angkat selalunya susahkan? "Gelak Adam .. geramnya ...

"Tgh buat apa sayang Adam ini? Dah makan?" Sambung Adam..Aku mencebik, dah buat aku geram then buat suara manja pula, Gedik betul huh!

“Saya dah makan, by the way.Ada apa awak call saya malam-malam ni?”Aku bertanya tegas.
"Esok, Nak bawak Er jumpa nenek Adam, Boleh kan?"Aku ternganga, Apa pula nak jumpa nenek Adam, Errr aku tak bersedia lagi lahh..Aku mengeluh..

"Adam cakap apa ini, Saya tak bersedia lagi, Saya kan belum terima Adam..Adam tolong jangan paksa saya" Aku dapat dengar keluhan kecil dari Adam di hujung talian, Aku tetiba buntu tapi memang aku belum bersedia untuk berjumpa nenek Adam.

"Erdina Syifa, Adam merayu pada Er, nenek Adam teringin nak jumpa Er, Please Er, kan er dah bagi Adam pikat Er dalam masa Sebulan ini" Sayup sahaja suara Adam merayu pada aku...

"Tapi Adam.."Tak sempat aku menjawab, Adam terlebih dulu memotong kata- kata aku

"Kan er dah bagi Adam peluang , Tak boleh ke terima Adam, terima layan mesra Adam ini? hmm?"
Bibirku diketap.

"Tak lama pun Er, Adam janji jika Er tetap tak mampu terima Adam, Adam takkan muncul depan Er lagi, itu Janji Adam"Kata-kata Adam sering kali membuat aku jadi terdiam.Benarkah lelaki itu begitu nekad untuk memperisterikan aku?Ah…

************
Tiga minggu sudah berlalu, dan aku masih tiada perasaan pada Adam, Masa aku pergi jumpa Nenek Adam, sayu sungguh hati aku, Nenek Adam memang sudah uzur, Aku ingat dia hanya reka-reka cerita supaya jatuh kesian, rupanya aku silap, Aku serba salah, sama ada nak terima atau tidak.

"Pingggggggg!!!!" Lamunan aku terhenti, dengan bunyi hon kereta Adam, Sejak tiga minggu yang lalu. Adam selalu menjemput aku pergi dan menghantar aku ke pejabat, katanya nak biasakan diri, nanti dah kahwin tak ada lah payah..
Aku senyum dan terus masuk ke perut kereta miliknya...

"Er mengelamun apa ? Adam ye?" ketawa dia mengenakan aku, Huh! perasan pula aku berangan tadi...

"Sorry sikit okay, Tak kuasa saya nak berangan Adam, buang masa tahu.."Aku memuncung mulut ku... Adam hanya ketawa melihat reaksi aku seakan merajuk..

"Yelah-yelah, sorry okay Er, Adam nak gurau sahaja, dah jangan muncung macam itu, dah boleh sangkut penyangkut baju sahaja Adam tengok"ketawa terkekek-kekek Adam pada aku... geramnya.... huh! aku mendengus kuat ...Adam terus mematikan ketawanya, Tahu pun takut ... gelak aku dalam hati...

Aku kadang - kadang rimas dengan kebaikan dia, bukannya apa, hati aku seakan -akan makin terbuai dek rasa sayang pula, Betul ke orang kata, perempuan mudah jatuh hati, tapi aku kan baru dilukai oleh Qalif, Tak kan semudah itu aku boleh jatuh cinta pada Adam pula...pelik lah...

Adam layan aku dengan baik menyebabkan aku teringat akan layanan Qalif pada aku dulu, Layanan yang aku rasa cukup kasih sayang, membuat aku makin cintakan Qalif, Indahnya terasa detik itu, Aku ada Qalif yang bakal jaga aku seumur hidup, Namun semua itu hanya angan-angan aku sahaja, sebab Qalif dah sia-sia kan kasih sayang  dan kesetiaan  aku dengan pembohongan dia...hurmm

Sekarang,aku rasakan perasaan itu lagi.Rasa itu hadir tatkala aku mengenali Adam.Sekarang,hubungan aku dan Adam sudah masuk minggu yang  ketiga.Baru tiga minggu tapi dah macam-macam rasa menjengah hati aku.Tinggal satu minggu lagi sebelum aku memberi dia jawapan yang pasti tentang perasaan aku padanya.Tapi,jika aku memberi jawapan yang positif kepada Adam,adakah itu bermakna aku sudah betul-betul mampu melupakan Qalif?Dan benarkah aku benar-benar ikhlas menerima Adam dalam hidup aku?

Minggu lepas aku dan Adam keluar ‘dating’.Bukan dating sangat pun tapi sekadar mengenal hati budi masing-masing.Entah kenapa bermula dari hari tu,aku mula ingin perhatikan dia.
Yang paling kelakar, Adam dan aku dating sambil buang lemak , maksudnya berjoging keliling tasik Shah Alam. Penat betul, Adam ini ada ke patut ajak dating sambil berjoging, katanya aku dah gemuk, dulu bukan kah dia kata tak kisah kalau aku gemuk, Mengada-ngada, sahaja nak seksa aku kan.... geram...

"Er kenapa berhenti ini? penat ke?alaa penat tapi berbaloi kan.. boleh pecah lemak Er itu "Ujar Adam sambil tersenyum, Aku rasa nak debik je mamat ini...Gila tak penat,Dah masuk lima pusingan dah ini, Aku merampas botol air di tangan Adam dan meneguk rakus...
Adam terkelip- kelip matanya memandang aku... Aku habiskan.. sedikit pun tak tinggal untuk Adam.. Puas hati aku....

"Er .....hurmm" Adam seolah -olah takut ...
"Tak pelah"Senyum Adam pada aku, Mungkin dia takut akan guris hati aku kot...Baiknya kau Adam .... senyum aku dalam hati...


“Erdina tak bencikan Adam kan?”Pertanyaan Adam membuat aku terkedu.

“Kalau Er tak bencikan Adam,tak boleh ke Er terima Adam dalam hidup Er?Ada seminggu lagi.Hati Er masih tak berdebar-debar ke bila nampak Adam muncul depan Er?Atau bila Adam dah pergi tinggalkan Er,baru Er nak rindu kat Adam?Hmm?”Saat itu,jantung aku terus berdegup lain macam.Pandanganku jatuh memandang wajah Adam.Mencari maksud di sebalik kata-katanya itu.

“Tapi jangan risau.Selagi tak sampai sebulan dan selagi Allah tak mengizinkan Adam pergi,Adam takkan pergi tinggalkan Er...Erm…jomlah kita balik.Pukul 10 nanti,Adam kena bawa Nenek pergi check-up kejap.”Adam bangun.Senyuman masih terlakar di wajahnya.Tanpa sepatah kata lagi,dia mula berjalan meninggalkan aku.Aku bingung apabila ditinggalkan dengan kata-kata dia yang cukup bermakna itu.

Di pejabat....


Adakah Adam sudah berputus asa untuk mengejar cinta aku?Adakah selepas sebulan  aku tetap tidak menerima cintanya,dia betul-betul akan pergi dan tidak akan munculkan diri di hadapanku lagi?

“Jauh termenung.Teringat kat pakwe ke?”Aku terperanjat dengan sergahan Adam itu.Dah tak pandai nak bagi salam ke apa.

“Tak reti nak bagi salam ke?”Aku mengurut dada.Menahan debaran di hati.

“Bukan tak reti.Tapi Er tu yang mengelamun jauh sangat.Adam dah bagi salam okey.Siap bagi cinta dan kasih sayang Adam lagi tau.”Adam mula drama tak berbayar dia.Aku hanya mencebik sambil meneruskan kerja buatku.Kalaulah dia tahu aku tengah fikir pasal dia tadi.


"Jom lunch Er, Adam lapar lah..."meleret je senyuman Adam pada aku... Aku mencebik, ingat kacak ke..huh!

"kalau lapar, pergilah, Er banyak kerja ini" Bohong aku.sedangkan kerja aku dah lama siap, itu cuma alasan aku tak  nak keluar dengan Adam..


Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada pesanan baru masuk.Lambat-lambat aku memeriksanya.Siapa pulak yang hantar mesej ni.

"I really miss u.And I still love u."

Aku tercengang.Tak mungkin aku semudah itu untuk melupakan nombor telefon milik dia.Ah…Kenapa dia hantar mesej macam ni.Yang anehnya,hatiku jadi sedikit terusik membaca luahan kerinduan daripada Qalifl.Masihkah aku merindui dan mengharap dia kembali kepadaku?

"Tak sudi ke nak lunch dengan saya?Sebulan belum tiba lagi, Erdina."Sambung Adam...Aku kembali tenang dan cuba melupakan mesej dari Qalif..Aku mengerling wajah Adam yang penuh harapan...

"Boleh tak kalau tak ugut saya dgn Sebulan awak tu? Saya rimas lah!, Sebulan.sebulan sebulan..asyik itu je Adam cakap, Adam sekarang seperti memaksa saya menerima Adam!!"Adam tersentak dengan tengkinganku.Redup saja pandangannya memandang aku.Ah!Yang aku pun satu.Kenapa nak naik angin pulak dengan dia.Maafkan aku…


"kalau Er tak nak makan dgn Adam, Cakap sahaja, Tak payah Er naik angin macam ini, Adam tahu tindakan Adam banyak memaksa Er, tapi Adam terpaksa juga  untuk memaksa Er terima Adam, kerana Adam yakin mampu memberi kebahagiaan pada Er bukan macam Qalif itu!"Kasar sahaja suara Adam mengata semua itu, Aku hanya diam.Tak mampu lagi untuk aku membalas pandangan Adam.Dengan suara lirih lelaki itu sudah cukup membuat aku yakin Adam sudah terasa hati dengan amarah aku tadi.


Adam terus keluar dari ruangan pejabat aku, Aku cuba memanggil tapi Adam tak endahkan laungan aku, Serba salah aku sekarang, Aku melihat telefon bimbitku sekali lagi dah membuka mesej dari Qalif, sebab mesej jantan ini lah aku dan Adam jadi macam ini..Qalif! geram hati aku ....aku tak kan kembali pada kau Qalif walaupun hati aku tiada untuk Adam.. kau jangan lah simpan perasaan pada aku lagi.... aku menghantar mesej pada Qalif.

"Awak, saya mintak maaf, hati saya dah mati untuk lelaki yang bernama Qalif... jangan cari saya lagi..awak milik orang.... saya doakan awak bahagia dengan tunang awak, Selamat tinggal Qalif..."
Aku megeluh panjang ...bagaimana aku nak minta maaf dengan Adam...hurmm.. hati aku serba salah rasa nak menangis pun ada ...arghhhhh !!

**********
Petang sebelum balik dari pejabat, Aku terserempak Adam dalam lif,Aku cuba senyum pada Adam, tapi dia hanya diam tidak beriak, menonong dia keluar dari lif tanpa balas senyuman apalagi tegur aku.. marahkah dia lagi.. hati aku rasa sesuatu..rasa sedih ...


Dah dua hari Adam tak tegur atau telefon aku, Aku tahu dia marah tapi sampai bila..hurmm , Aku rindu dia lah, rindu perhatian dia ...lagi lima hari aku bakal bagitahu apa sebenarnya perasaan aku pada Adam, tapi aku masih keliru lah, aku Cinta Adam ke? ......


Bila teringa Qalif hati aku jadi berbolak balik lagi.Ya Allah,buangkan ingatku pada dia.Aku dah reda melepaskan dia.Walau sedalam mana pun cinta Qalif  pada aku,aku tidak ingin kembali kepadanya lagi.Entahlah.Rasa cinta dan sayang aku pada Qalifl bagaikan sudah luntur hampir seratus peratus...


Adam seorang yang baik , Sikap player dia dah di buang jauh kerana cinta dia pada aku, Adam kata sejak akhir - akhir ni nenek Adam selalu ulang alik ke hospital, mungkin sebab itu lah Adam kerap  ambil cuti sejak kebelakangan ini aku tahu pun semua ini dari Ida sahabat aku....Aku tidak tahu banyak benda tentang lelaki ini, Adam seolah-olah banyak berahsia dengan aku....

**********
Aku di ajak keluar untuk bertemu Adam, Adam kata ada sesuatu dia nak beritahu aku, Aku mula resah, Adakah dia nak pergi dari hidup aku, kenapa aku rasa macam ini , bukan kah ini yang aku harapkan.. tempoh sebulan makin berakhir dan aku bakal bebas dari Adam, tapi kenapa hati aku rasa sayu sahaja...


"Ada lima hari lagi sebelum tempoh sebulan itu berakhir, Er belum masih ada keputusan kan?"Suara Adam kedengaran agak kecewa.Aku hanya mampu angguk perlahan.Syukurlah kalau lelaki itu faham keadaan aku sekarang.

Adam bangun.Dia berdiri membelakangi aku.Yang pasti,sejak dari tadi lelaki itu bagaikan menghindarkan pandangan matanya dari memandang mataku.Apa yang tak kena dengan mamat ni ya.


"Er , Adam tak kan muncul depan Er dalam masa lima hari ini, Ini janji Adam. Adam akan bagi ruang untuk Er buat keputusan, Adam tak kan paksa lagi."Ujar Adam tenang.Aku pula agak terpana mendengar keputusan yang dibuatnya itu.


"Maksud Adam?"Ringan saja mulut aku bertanya.Aku betul-betul ingin tahu kenapa Adam buat keputusan seperti itu.Bukankah lelaki itu pernah berjanji yang dia takkan mengalah sebelum tempoh sebulan berakhir.

"Er, Adam tahu, Er masih sayangkan Qalif, lagipun Adam dengar Qalif dah putus tunang, Sebab dia sayangkan Er, Adam sanggup berundur demi Er, pergilah pada Qalif. Kalau Er dah tak sayang dia kenapa Er jumpa Qalif, Maafkan Adam sebab intip Er diam -diam"Cukup jujur Adam lontarkan kata - kata itu.Ada nada cemburu di sebalik air mukanya saat itu.


“Antara saya dan Qalif tak ada apa-apa hubungan lagi .Dan Adam jangan nak intip saya lagi.Faham?”Aku sengaja menegaskan suaraku.Pandai-pandai dia aje intip orang.


"Tapi Er kalau tak da hubungan lagi, kenapa Er jumpa dia... hurmm??"Adam memandang wajahku.Anak mata kami bertembung.


"Jadi, Adam sudah tak mahu teruskan lamaran ini? Saya dan Qalif sudah putus, Saya dah lupakan dia, tapi hati saya masih belum berdegup untuk Adam, maafkan saya" Aku menatap wajah kacak Adam...betulkah aku tiada langsung perasaan pada Adam? benarkah aku sudah bencikan cinta? tertanya -tanya aku pada  diri sendiri ..buntunya aku.. Ya Allah bantu hamba-Mu ini......air di tubir mata aku bila-bila masa sahaja akan pecah empangannya.....

"Er ambil lah masa lima hari ini fikir masak -masak, Adam takkan ganggu Er lagi.. Lamaran Adam tetap diteruskan cuma Adam mahu Er pastikan perasaan sebenar Er pada Adam ..Ambil lah masa ini okay Er, Insyaalllah dengan tempoh lima hari ini akan ada jawapannya" Adam tersenyum hambar pada aku yang hanya berdiam diri, kata -kata Adam menenangkan hati aku, Adam tidak lagi memaksa aku dalam membuat keputusan.


"Okay Erdina Syifa ratu hatiku , Itu je Adam nak bagitahu, Jum balik..mungkin ini kali terakhir Adam jumpa dan hantar Er " tersenyum Adam.Dan aku pula mula rasa lain macam.Kali terakhir?Hati aku rasa lain..rasa sakit dan sayu ..

“Betul Adam takkan ganggu saya selama lima hari ni?Tapi awak kata,awak nak cuba pikat saya.”Malu pula untuk aku berkata seperti itu.Tapi aku sudah pun terlajak kata.Aku menanti jawapan dari Adam.


"Adam tak nak ganggu Er sebab nak bagi Er masa fikir . tapi Er yakin lah Adam memang ikhlas cintakan Er, Adam nak kahwin dengan Er, Adam mahu bahagiakan Er tapi jika memamg Er tidak dapat terima Adam, Adam redha, Adam ikhlas lepaskan Er" Adam terus berlalu meninggalkan aku


Begitu lama aku memandang Adam, Dia tidak berpaling lagi pada aku, Adam benarkah kau dah redha dan ikhlas membuat keputusan seperti ini? Aku rasa sedih pula dengan keputusan yang dibuat Adam sebentar tadi, hati aku bagai di tusuk belati tajam, Aku akan kehilangan Adam? Ya Allah, Apa sebenarnya ada dalam hati aku sekarang? berikan aku petunjuk-Mu..aku mohon Ya Allah.

***********
Masa yang dinantikan sudah berlalu, Aku tak sangka hidup aku jadi keluh kesah memikirkan Adam, Aku rindu pada adam ke? Adam benar- benar tidak menegurku lagi, setiap kali bertembung, pasti dia akan larikan dia tak pun pura-pura sibuk, dan aku bagaikan kehilangan Adam...


Aku rasa dah jatuh hati pada Adam, Ida kata memang aku jatuh hati sebab Simptom-simptom jatuh cinta memang Ida nampak dalam diri aku, Aku sering termenung sejak kebelakangan ini, Aku rindu Adam.....Aku tak mampu menafikan dan menyangkal kata hati aku. Memang benar aku dah jatuh hati pada Adam Haiqal ...Dalam masa sebulan Adam boleh curi hati aku yang telah terluka dek permainkan oleh Qalif dahulu.. Adam memang hebat sebab buat aku jatuh hati sekali lagi... arghhh Adam aku sayang kau!

Tapi dah seminggu Adam tak masuk ofis, Sedangkan dia dah berjanji akan jumpa aku sebab nak dengar jawapan aku ..Aku dah boleh terima dia ..Aku cuba call dan mesej dia tapi tak dapat, dan aku pernah ke rumah dia, Nenek dia pun tiada di rumah.Ke manakah lelaki itu menghilang?


Mungkinkah Adam dah betul-betul tinggalkan aku, Yelah aku susah sangat nak terima dia...Salah aku juga, kalau dulu aku cakap aku sayang dia mesti tak jadi macam ini, Ego aku tinggi hurmm! Aku mula pasrah.Sakitnya terluka kerana cinta kembali terasa di hati.Bila aku mula sayang dia,ini pula yang terjadi.


Ida kata aku tak boleh buat kesimpulan dulu, Mana tahu Adam ada masalah cuma dia tak nak share dengan aku dan kawan -kawan pejabat lain....Benar juga kata Ida, Tak kan sebab seminggu tak jumpa aku nak berubah keputusan kan, Aku harap Adam pilihan aku yang tepat dan paling penting Adam ialah jodoh aku ..Dek kerana rasa kehilangan dan rasa rindu padanya,aku akui yang aku mula sukakan Adam.Mungkinkah nama aku dan dia sudah tercatat dia Lohmhafuz?Adam,Er terima lamaran Adam….Itu saja yang aku nak ucapkan padanya.Pasti dia akan sangat gembira dengan jawapan dari aku ini...

*********
Aku terkejut bukan kepalang tatkala Bos aku memberitahu sesuatu di bilik mesyuarat tadi, dan saat itu aku rasa bagaikan mahu pitam
Bos kata Adam di hospital sekarang dan perlu membuat pembedahan, Adam menderita penyakit barah otak perlu di bedah segera jika tidak.. boleh membawa maut, Aku terkesima. Air mata aku mengalir dengan deras, Adam tipu aku, dia tak jujur dengan aku

Tanpa berfikir panjang aku terus meluru keluar dari bilik mesyuarat.Destinasiku hanya satu.Aku ingin menemui Adam.Benarkah lelaki itu sedang dirawat di hospital?Pembedahan otak? Ya Allah,adakah Adam sengaja menipu aku? selama ini Adam kata nenek dia yang selalu ulang laik ke hospital, rupanya Adam....Tapi yang anehnya, Adam tak nampak seperti sedang menderita penyakit barah otak, wajahnya sentiasa ceria seperti orang normal

Sebaik saja sampai di perkarangan hospital,aku terus meluru ke kaunter untuk bertanyakan pesakit yang bernama Adam Haiqal. Selepas mendapat kepastian dari jururawat yang bertugas.Laju saja kakiku melangkah ke lif.Dalam hati,aku berdoa agar ini semua bukan satu reality.Aku rela andai ini satu mimpi.

Sampai sahaja dalam bilik Adam di rawat, Aku berhenti sebentar, aku takut, air mata aku mengalir lagi kali ini semakin deras ..Akhirnya aku gagah kan diri untuk melangkah masuk ke dalam bilik.Hatiku berdebar-debar tak menentu.Bagaimanakah keadaan Adam sekarang?Adakah lelaki itu sedang terbaring kaku?Ya Allah,selamatkanlah Adam.Sembuhkan dia ya Allah.Bukan begini penamat cinta aku yang baru saja ingin bermula.


Mataku terpandang pada satu jasad yang sedang baring sambil matanya pejam, Wajahnya pucat seperti tidak bermaya, saat itu hati aku mula menangis, Jasad itu jasad Adam, Adam Haiqal yang cintanya sedang mekar di hati aku... namun Adam yang terbaring di atas katil sudah tidak seperti Adam yang aku kenal, Adam yang kejar cinta aku, Adam yang berjaya curi hati aku dalam masa yang singkat..sungguh pucat muka Adam,, Ya Allah kembalikan Adam yang dulu pada ku ..Aku mohon, tak sanggup aku melihat Adam derita sebegini rupa ....Lama aku memerhati wajah pucat Adam.Aku tak mampu mengeluarkan sebarang kata.Hanya air mata yang mengalir dari tubir mataku.

"Er, Apa Er buat kat sini?"Adam yang baru membuka matanya terus menyapa aku  yang sedang menangis, cepat -cepat aku mengesat air mata yang mengalir di pipiku, Tak sanggup aku nak biarkan Adam melihat aku menangis ..aku ingin nampak kuat di hadapannya, bagaikan menerima semua ini dengan tabah dan sabar...


"Er datang lawat Adam. Adam , Kenapa Adam rahsiakan hal ini, Kenapa tak bagitahu Er yang Adam sakit barah otak?" Aku bertanya dengan suara yang bergetar.Rasa kesian,simpati,sedih dan marah bagaikan bersatu dalam hati aku sekarang.
Adam sekadar senyum, Ya Allah masih berpeluangkah aku menatap senyuman itu lagi? Sebaknya hati tak terkata.....


"Maaf Er, Adam tak sangka secepat ni Adam akan pergi ..Adam ingat kalau dah kahwin nanti baru bagitahu Er..Maafkan Adam Er ...Adam tak mungkin dapat bahagiakan Er, Maaf sebab mungkin janji..."Adam tetiba mengadu sakit di kepala....Adam menahan sakit, betapa sedihnya aku melihat keadaannya saat itu, Aku tak mampu membantunya...


"Maafkan Adam sebab dah bagi Er harapan.Maafkan Adam sebab dah bohong  pada Er"Saat mataku melihat mata Adam mula berkaca,aku tak mampu berdiri di hadapannya lagi.Kakiku pantas melangkah keluar dari situ.

Aku dapat melihat kesengsaraan dan penderitaan melalui matanya tadi.Tapi kenapa selama ni aku langsung tak nampak semua tu?Adakah kerana aku terlalu cuba menghindarkan diri darinya?

Dan sekarang,baru aku sedar yang aku cintakan dia.Dan keputusan aku takkan berubah setelah melihat keadaanya sekarang.Tapi mampukah aku sama-sama menanggung keperitan hidupnya ini sedangkan pada akhirnya hidup aku yang bakal menderita kerana kehilangannya?Mampukah aku?


"Erdina Syifa, Jangan tinggalkan Adam buat masa ini, Sudikah Er teman Adam habiskan sisa -sisa hayat yang hanya tinggal beberapa bulan ini?" Aku terhenti dari terus melangkah keluar dari biilk..hatiku seperti terhenti....Aku menangis tanpa memandang Adam....
Aku dapat rasa Adam menghampiri aku dengan lemah Adam memegang bahuku dan memaksa aku menatap wajahnya....aku tak nak dia tengok aku menangis, aku tak nak..please Adam jangan paksa Er.....Akhirnya aku memandang mata Adam, redup sungguh renungan dia dan membuatkan air mata aku mengalir lagi.....

"Er, jangan menangis, kalau Er tak sanggup bersama Adam, Adam tak kan paksa tapi Adam nak tahu sesuatu, Er cintakan Adam ke tak?" Senyum Adam padaku sambil menyeka air mata aku dari terus mengalir..

“Adam kena rehat.Jangan banyak bergerak.Esok kan awak ada operation.”Aku terpaksa mengalih tajuk.Aku tak mampu menjawab pertanyaan tadi.Aku takut memberi jawapan yang terburu-buru. Aku memgang tangan Adam dengan erat...

"Okay Adam rehat tapi please jawab dulu Er, Er cintakan Adam tak? Sebulan sudah berlalu Er, sekarang masanya Adam tuntut jawapan dari Er, Tolong bagi jawapan Er sekarang, tak kiralah Er sudi ke tak, Adam janji akan terima apa pun keputusan Er"Adam memaksa aku ...aku mengeluh dan berdiam ....


"Erdina Syifa" Lembut sahaja suara Adam, Ya Allah sungguhnya aku cintakan Adam


"Adam, Erdina Syifa tak sayang Adam....Tapi" Aku menjawab dengan berhati-hati...tapi aku nampak riak pada wajah Adam seperti kecewa kerna aku nyatakan aku tak sayang dia....

"Tapi apa Er? hhmm ?" Suaranya seakan berjauh hati sahaja bunyi....

"Erdina Syifa cintakan A D A M H A I Q A L" Aku spell satu-satu abjad.....aku senyum pada Adam yang seakan terkejut....

"serius Er? Tak tipu kan?" Adam genggam erat tangan aku matanya seperti bersinar-sinar mendengar jawapan aku, aku turut membalas genggaman tangan Adam sebagai tanda YA benar apa yang aku katakan pada dia sebentar tadi....

"Er.. Terima kasih sudi terima lelaki yang berpenyakit dan bakal mati ni" Tersentak aku dengan kata- kata Adam

"Apa yang Adam cakap ini? Er terima semuanya tentang Adam, patutnya Er yang berterima kasih sebab Adam lah Er berpeluang bercinta lagi, terima kasih sayang" Aku senyum manis dan tertunduk sebab segan panggil Adam "sayang" Ya Allah , aku benar cintakan Adam, Terima kasih Allah sebab benarkan aku kenali Adam dan merasai cinta dia..

"Er,, jangan berterima kasih pada Adam, Adam tak perlu semua itu , Adam hanya nak Er terima Adam dalam hidup Er, Kahwin dengan Adam..Erdina Syifa Sudikah kahwin dengan Adam Haiqal? "Adam duduk melutut seperti gaya sedang melamar dan mengeluarkan cincin entah dari mana aku pun tak perasan cincin itu di tangan Adam.Dan tindakan spontanku adalah dengan menarik tangannya untuk kembali berdiri.


"Adam, buat apa ini..malu lah ...jangan macam ni.. bangun please "Aku memaksa Adam bangun.Namun,lelaki itu tetap berkeras...

"Adam tak kan bangun selagi Er tak bagi jawapan... Cepatlah sakit tahu lutut Adam ini.."Seloroh sahaja Adam berkata begitu, bukan aku pun yang suruh dia melutut, aku mencebik depan dia...huh! ngada lahh sayang aku ini ...

"Yelah, Erdina Syifa sudi kahwin dengan Adam Haiqal, Puas ??" Aku memandang tajam matanya sambil memegang tangan Adam untuk membantu dia berdiri... Adam senyum meleret macam kerang busuk, Suka lah tu aku dah terima.. getus hati aku ... hati aku pun sebenarnya berbunga- bunga hehe..

"Terima kasih sayang, Adam akan bahagiakan Er walaupun sementara" Aku tak mampu membalas kata-kata Adam..aku terus bawak Adam ke katil ...

"Adam, Rehat okay, esok kan nak buat pembedahan" Adam turuti arahan aku, dan baring atas katil....

"Terima kasih , Erdina, sebab sudi terima Adam, Akhirnya Adam kahwin jugak dengan pilihan hati dia.Dan orang itu adalah  Erdina Syifa..Nenek restu hubungan kalian " lantas tubuhku dia peluk penuh kasih, Sayu sungguh ku rasa saat ini, macam jejak kasih pun ada.huhu...Aku membalas pelukkan Nenek Adam dengan erat....

Adam bingkas bangun dari pembaringan dan mata kami kami saling berpandangan


"Erdina Syifa.... Adam nak sarungkan cincin ini untuk Er..."Adam mengeluarkan Cincin dan menyarung ke jari manis aku, Cantiknya cincin ini, lagi cantik berbanding pemberian Qalif masa aku bertunang dulu...

"Terima kasih sayang, cantik sangat cincin ini... Er akan jaga cincin ini sampai bila-bila"
Adam senyum kepada aku, kacak betul mamat nie.. makin mekar lah cinta aku ini...

Aku perlukan Adam dalam hidup aku.Lima hari aku tak bertemu dengannya telah mengajar aku erti rindu.Mengetahui keadaan dia yang sedang tenat membuat aku semakin takut kehilangan dia.sebulan aku mengenalinya membuatkan aku sedar hati aku masih bernyawa dan memerlukan cinta dari seorang yang bernama lelaki.

Operation  pada keesokkan hari berjalan dengan lancar,.... bersyukur aku Ke hadrat ilahi, kerana memberi kesempatan pada Adam untuk bernafas lagi....Aku dan Adam sudah bertunang dan bakal bernikah lagi beberapa bulan, Nenek adalah insan yang paling gembira kerana masih sempat melihat cucu kesayangannya bersanding ..Ayah dan Ibu aku pada mulanya terkejut dengan semua ini namun setelah di ceritakan satu -persatu akhirnya mereka mengerti dan merestui hubungan kami ...

*************

6 Bulan Kemudian

Aku sedang leka menonton rancangan kesukaan aku, tiba - tiba telefon bimbitku berdering, ku lihat nama Adam tertera, sebelum ini aku save nombor Adam dengan meletak "Mamat Desperate" sekarang "My Sayang" romantik bukan ...
aku terus menekan butang hijau.Hatiku sungguh gembira menerima panggilan darinya.
"Sayang, Buat apa tu? Berangan ye"Ketawa Adam ...


"Tak lah, Sayang tengah tengok Tv sahaja..."Aku suka Adam panggil aku sayang, aku merasa cukup gembira dengan panggilan manja itu.


Esok hari terakhir aku bergelar tunangan Adam, kami akan bernikah dan hidup bersama, jadi panggilan sayang itu akan kekal buat selama-lamanya..,akhirnya aku dan Adam akan disatukan dalam ikatan yang sah.Tiada lagi keraguan dalam hati aku.Aku menerima Muhammad Adam Haiqal dengan seikhlas hatiku.Moga-moga hari esok dapat menjadi hari terindah dalam hidup kami berdua.

"Er nak ucapkan terima kasih sebab sayang sudi menunggu jawapan dari Er"Sungguh aku merasa bersyukur kerana Adam tidak cepat berputus asa dalam meraih cintaku.Lelaki itu memang seorang yang bersemangat waja.

"tu lah kalau Adam tak dengar, mesti sekarang kita tak tunangkan sayang? Adam yang sepatutnya perlu ucap terima kasih,Terima kasih sebab sayang sudi kahwin dengan Adam.Sudi jadi suri di hati Adam..  "


"Ye sayang tahu salah sayang kan... tapi semua itu tak jadi sebab kita dah bertunang dah esok kita bakal disatukan dengan, Tak sabarlah .."oppss terlepas pula aku .. malunya mesti Adam ingat aku gelojoh dan kemaruk nak kahwin dengan dia..arghhhh

"Amboi..sabar ye sayang, esok awak boleh lah terkam saya" terkekek Adam ketawakan aku.... menyampah ...

"Dah-dah jangan nak mengusik sayanglah.. merajuk nanti, tak nak kahwin dengan dia baru tahu" sahaja aku mengugut Adam... sambil tahan gelak nasib baik dalam telefon tak lah Adam nampak aku sedang menahan gelak

"Eh, Sayang janganlah kata macam tu, berputih mata kita nanti" Tahu pun takut..

"Sayang, gurau je, esok kita dah nikah tak kan nak batalkan. sayang masih waras lah " Giliran aku ketawakan Adam....

"Nakal ye, sayang kita ini..siaplah esok.." Aku boleh merasakan Adam melemparkan senyuman nakalnya, walaupun tak nampak tapi aku masih boleh rasakannya... eeee gatal betul lah...

"Yelahhh.. kita mengalah... "aku membuat nada seolah -olah mengalah...
"Alololo, comel je dia mengalah.... Sayang.... hmmm"

"Baiklah sayang ku wahai Erdina Syifa, sebelum kita end call, Adam nak cakap sesuatu"



ADAM CINTAKAN ERDINA, ERDINA CINTA PANDANG PERTAMA DAN TERAKHIR UNTUK ADAM PERCAYALAH SAYANG, ADAM TERLALU MENYINTAI ERDINA SYIFA DAN CINTA INI AKAN KEKAL SAMPAI AKHIR HAYAT ADAM HAIQAL
Hatiku sebak mendengar luahan cinta dari Adam.Bisikan cintanya menusuk ke dalam hatiku yang paling dalam.

"Erdina Syifa pun sayang dan cintakan Adam Haiqal sepenuh hati!!!" Aku jerit sedikit... betapa bahagianya aku rasa, bila Adam meluahkan semua itu... muka aku mula terasa membahang,Terasa indahnya hidup ini apabila kita tahu kita bakal disatukan dengan seseorang yang kita cintainya.Moga-moga cinta ini akan terus berkekalan selamanya


************

Semakin aku hampir dengan wad ICU,semakin jelas terpancar kesedihan pada wajah Nenek Adam.Dengan baju pengantin masih utuh membalut tubuh,aku melangkah mendekati wanita tua itu.Aku cuba menahan air mata dari berguguran membasahi bumi.Aku tidak ingin percaya dengan apa yang aku dengar tadi.
"Er, Adam kat hospital, keadaan dia kritikal Er"

Kata-kata Nenek masih terngiang-ngiang di benakku.Di saat aku sudah bersedia menunggu Adam di masjid,panggilan keramat itu aku terima dari Nenek.Sungguh aku tercengang buat seketika tatkala mengetahui perkara itu. kini,melihat wajah Nenek Adam yang sudah lencun dengan air mata,aku tak mampu berkata apa lagi.Hatiku mula gelisah dan takut kehilangan insan yang aku sayang itu.Adam.


"Er, Adam dah pergi meninggalkan kita Er..." Nenek memeluk tubuh ku yang masih lengkap berpakaian busana nikah yang di pilih oleh Adam sendiri...Nenek menangis di bahuku.Tak terdaya lagi aku menahan air mata dari mengalir keluar.Adakah sudah sampai masanya aku menerima hakikat bahawa Adam sudah benar -benar pergi meninggalkan aku di hari penikahan kami Allah telah menguji ujian yang paling berat ini.Ya Allah,apakah hikmah di balik semua ini?

Saat pintu wad kecemasan itu terbuka,aku takut untuk memandang ke arah jasad manusia yang dibawa keluar itu.Aku tak mampu mendongakkan mukaku memandang ke sekeliling sekalipun.Sebab aku tahu,Adam lah yang dibawa keluar.

“Adam ..!!! Adam!! bangun sayang.Bangunnn…”Teriakan Nenek Adam  semakin meyakinkan aku.Adakah ini pengakhiran kisah aku dan Adli?Dengan kekuatan yang masih bersisa,aku menguatkan diri bangun untuk menatap wajah ‘dia’ buat kali yang terakhir.Air mata semakin deras menitis.Pucat,lesi dan tak bermaya lagi wajah Adam saat itu.

Semalam adalah kali terakhir aku mendengar bisikan cintanya.Bisikan yang menyapa lembut ke telinga hingga meresap ke dalam hati aku.Ya Allah,kenapa dia pergi tinggalkan aku?


Terngiang-ngiang  di telinga ku kata kata Adam pada ku "Adam tak kan tinggalkan Er selagi Allah tak ambil nyawa Adam"


Kini Allah telah mengizinkan Adam pergi dari Aku,Adam Mampukah aku menanggung kehilangan cinta buat kali yang kedua ini?Kau  ajarkan aku cinta.kau ajarkan aku rindu.Tapi kenapa kau tak ajar aku apa itu erti melepaskan orang yang kita cintai setulus hati kita?Inikah takdir kita?


Adam meninggal kerana ketumbuhan baru di otaknya, Selama ini Adam merahsiakan semua ini sebab nak bernikah dengan aku, Nenek pun tak tahu Adam masih menderita penyakit Barah otak, kami sangka semuanya sudah pulih selepas operation enam bulan lepas ... Adam tidak memberitahu hanya kerana mahu melihat kebahagiaan Nenek dan aku.... Ya Allah hebatnya lelaki ini, sanggup bertahan kerana insan yang dia sayang , Kali ini operation telah gagal dan meragut nyawa Adam , Adam benar -benar sudah tiada ..... Allah lebih sayangkan dia ...


“Maafkan saya,cik.Rantai ini Arwah suruh saya bagi pada bakal isterinya sebelum masuk bilik bedah tadi dan dia pesan, Cinta dia hanya untuk Erdina Syifa..”Huluran doktor lelaki itu aku sambut lemah.Rantai yang terukir nama ADAM dan ERDINA ...


Aku hanya mampu menangis.Dan aku percaya,betapa hati aku cuba menafikan hakikat ini,Adam tetap sudah pergi meninggalkan aku.Adam Haiqal.. ini lah Dipenghujung cinta Adam  untuk aku ... kini aku sendiri lagi ....

#Cinta tak semestinya akan bersatu.














Cinta Si Kasar
Sunday 23 September 2012 | 01:30 | 11 Panda!

 Assalamualaikum , Ini cerpen Ke -4 Fiza ...enjoy okay.. :) 


Arghh!! Rasa nak menjerit sekuat-kuatnya untuk melepaskan rasa geram dan benci yang bersarang di hati,Upacara akad nikah hampir selesai. Kedengaran Tok kadi sedang menyatakan kepada pengantin lelaki.Sebentar lagi giliran upacara membatalkan air sembahyang pula. Aku masih tidak tahu siapa suamiku! Arghhh siapa agaknya suami aku ek? Malang lah nasib kau wahai “suami”…Aku akan buat kau derita dan paksa kau ceraikan aku!... Yang aku tahu nama suami aku Afiq Haziq…nama sedap juga… hope muka pun NOT BAD lah kan!! Arghh Syafiza Ada hati lah kau kannnn… hatiku kini remuk dek perbuatan ibuku yang memaksaku kahwin. Aku tidak tahulah , aku boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri atau tidak kerana aku masih belum bersedia!

Tak selesa betul . Kalau ikutkan hati nak je aku pakai jeans dan T-shirt longgar supaya masuk angin sikit..aku memandang pakaian akad nikah yang dipilih ibu ..rimas betul! Ibu suka sangat paksa buat benda yang aku tak suka, pakaian yang sendat berwarna putih campur krim membaluti tubuhku..Lihat lah sekarang aku terpaksa berkahwin pula! Geramnyaaaaaaaa…..Naik kebas kaki bila lah nak habis majlis ini aku nak balik! Dah sejam aku duduk bersimpuh macam ini..agak lama aku tak duduk seayu ini..biasalah aku kan kasar mana betah nak duduk ayu ayu bagai!..

Wajahku masam mencuka tanpa secalit senyuman aku hadiahkan pada ibuku. Seketika kemudian, pengantin lelaki yang lengkap berbaju melayu dan bersamping menghampiriku diiringi oleh sanak-saudara sebelah lelaki. Err..kenapa rasa berdebar-debar pulak ni. Rasa segan pula bila diri menjadi tontonan ramai.Rasa macam nak sorok sahaja muka dalam bantal..tapi sekarang dalam masjid, Mana pula aku nak cari bantal.. arghh tension gila!

Fizz, senyum la sikit..,hulur tangan , orang nak sarung cincin!” bisik ibuku perlahan tetapi tegas. Aku hanya tersenyum hambar. Dengan hati yang geram tambah dengan kemalasan berganda- ganda aku menghulurkan tangan. Cincin disarungkan dijari manisku..Aku salam suamiku dan terus mendongak untuk melihat lelaki yang telah sah menjadi suamiku…..

“Hey!!! Kau Budak Pink!!” Semua terkejut bila aku dengan spontan  menjerit terkejut. Biar betul! Suami aku budak pink tu ke??? Tidak mungkin! Oh Tidak!!! Ibu!!!! Fizz tak nak dia jadi suami Fizz!!! Jerit aku seperti orang kena sampuk hantu pada ibu…Pandangan aku tiba-tiba gelap dan aku pengsan…..

************* 3 Bulan Lalu

Bagi balik fail saya, Tolong lah saya bagi awak apa-apa sahaja, Tapi tolong jangan ganggu saya Please” merayu budak lelaki yang lengkap berkemeja PINK! Dan seluar slack hitam..
Kau senyap!! Pondan Pink!”Gelak setan seorang dari 6 orang yang sedang mengurumuni lelaki tersebut, Mereka melambung-lambung buku dan fail milik lelaki itu sambil mentertawakannya… Hati aku yang melihat keadaan itu apa lagi panas lah kan. Dah lah selama 3 hari ini aku pusing –pusing satu Kuala Lumpur ini cari kerja…tapi satu habuk pun tarak… yang paling aku bengang tiada syarikat nak ambil aku kerja sebab bidang yang aku minta itu orang lelaki sahaja yang buat.. habis tu aku tak boleh buat ke..mentang –mentang aku perempuan ingat semua perempuan semua lemah ke!? Ini lah masanya aku nak lepaskan geram dengan menumbuk-numbuk sekumpulan lelaki yang sedang seronok buli lelaki Pink ini …seronok ye!? Panas hatiku kembali memuncak. Ish, ni kes buli ni! Tak guna punya orang! Tanpa berfikir panjang aku terus menuju ke arah kumpulan itu dengan berjalan ala-ala samseng jalanan.

Hoi Jantan!! Tak malu ke buli orang yang lemah-lemah ini , Tak kan badan besar macam gajah lawan dengan mamat Pink ini je?” Aku ketawa sinis pada sekumpulan yang berpakaian macam orang tak ada rumah..mungkin tak mandi kot…Ketawa aku telah  membuatkan mereka terkejut dan terdiam seketika . Mereka memandang pelik kepadaku. ….

Hey Korang tengok ada tomboy cun lah …Hey tomboy nak selamatkan kekasih hati kau ke….kesian kau kan dengan mamat pink ini pun kau selera” Sinis kata-kata salah seorang daripada mereka yang agak gendut. Aku memandang tajam kepadanya . Muka dah macam bapak orang ..Perangai kalahkan setan!

Woi!! Korang tak payah nak kurang ajar sangat lahh..meh kalau korang anak jantan..lawan lah dengan aku cepat!”pantang betul atok nenek aku orang kurang ajar ini..lagi –lagi yang macam ala-ala samseng jalanan yang bodoh-bodoh je aku tengok!

Hamboi! Garangnya minah tomboy ini…”Kata salah seorang samseng dan menghampiri aku , sepantas kilat kepala lututku menghentam celah kangkangnya…Ambik!! Kau !!
Auwwww!!!” Lelaki itu terjerit nyaring dan kemudian terloncat-loncat sambil memegang tempat yang aku hentam tadi. Padan muka!.Jangan main-main dengan aku.Aku bekas ratu taekwando universiti!! Kan dah kena FREE-FREE je ….Selepas ketua mereka kena hentam dengan aku apalagi anak-anak buah dia menyerang aku serentak… Dengan sekuat tenaga aku memukul dan menendang mereka menggunakan teknik taekwando yang aku pelajari ketika di kampus dulu. Akhirnya semua terbaring lesu dengan lebam di sana-sini ..Puas hati kau… tu lah nak tunjuk samseng sangat dengan aku kan? Hey ini aku lah Syafiza!!! No one boleh tumpaskan aku!!

Korang tak puas hati lagi ke!!?”Tengking aku!....aku On jer….kalau diorang masih tak puas rasa sakit…
Maaf..Maaf! Jangan pukul kitaorang lagi” rayu lelaki gemuk yang sudah teruk aku belasah sambil mengatup kedua-dua belah tangan seolah-olah sedang meminta ampun. Aku gelak tengok gelagat samseng tak beberapa nak samseng ini.. Ceh, ingatkan gagah perkasa sangat! Harapkan badan je besar tapi lembik!.

So korang tunggu apa lagi!?Berambuslah nak aku debik lagi ke?”Aku memandang tajam pada samseng-samseng jalanan …Serentak dengan itu, mereka lintang pukang lari Huh! Tahu pun takut .Puas hati aku dapat belasah orang hari ni. Lepas sikit rasa geram di hati ni sebab tak dapat –dapat kerja! Puas sangat!

Hebatlah! Awak!!” Aku tersentak apabila lelaki yang kena buli tadi memujiku tiba-tiba. Owh, baru perasan pasal mamat ni. Aku memerhatikan dia dari atas ke bawah . Rambutnya lurus yang disikat kemas dengan sedikit rambut menutupi hampir seluruh dahinya dengan cermin mata besar dan berbingkai hitam penuh tergantung di hidungnya, kemeja dan seluar slack yang agak sendat membaluti tubuhnya Erk? Nerd ke??? Aku mencebik. Patutla lembik!

Hurmm..kau ni lelaki kan?” Tanyaku sinis.

Ye saya..saya lelaki..kenapa bertanya begitu?” Aku menahan gelak mendengar ayatnya yang macam orang lama - lama punya dialog je.sengal mamat pink nie….hahaha

Kau lelaki ke? Asal kau tak lawan je diorg  tadi..weyh kalau  kau memang lelaki buat lah cara lelaki! Tak kan orang nak buli kau, kau diam je! Jangan jadi lembik la bro..Fight la sikit…!” Terkejut mamat pink ini bila aku herdik macam tu..sahaja aku buat begitu bagi dia sedar sikit!...

Tetapi awak, mama saya kata, jangan cari gaduh dengan orang dan kena selalu bersabar kalau ada apa-apa yang berlaku..”alahai mamat nie ….errr ..anak mak rupanya..patutla pengecut!

kalau ye pun…bertempatlah dengar nasihat MAMA kau itu… kau patutnya lawan..bukan kau biarkan macam tadi okay?! Jangan jadi BENGAP sangat!”Sekali lagi budak pink tu terkejut mendengar herdikan kasarku.Matanya terkebil-kebil. Nampak macam blurr je. Hish tak faham bahasa ke budak ni. Kritikal juga tahap nerd dia ni, sampai bahasa pasar pun tak faham!

Dah lah budak pink! Aku nak balik” Rengusku.Malas hendak melayan budak blurr ni. Aku terus mengorak langkah meninggalkan dia tercengang di situ

Awak,nanti! Hurmmm Terima kasih selamatkan saya..Terima kasih sangat katanya sambil tersenyum malu. Erk! Kontrol comel la pulak ke budak pink nie?? Geli lahhh!!

Bila masa aku selamatkan kau nie?Tak ada masa aku nak selamatkan orang lelaki lembik macam kau ini”sengaja aku menjegilkan mata kepadanya. Wajahnya berkerut seperti takut melihat renungan tajamku .Hish,macam tu pun takut ke? Apa la….Aku meneruskan langkah ..aku dah lah penat sehari suntuk pusing –pusing cari kerja! Aku nak balik dan rehat …

Kejap awak, saya nak tahu nama awak?” Soalnya dengan takut-takut.

pehal pula kau nak tahu nama aku!? Tak penting!” jawabku kasar tanpa berpaling kepadanya.

Tapi itu penting bagi saya, mana lah tahu nanti terserempak dengan awak kat luar sana, so saya tahu lah nama awak kan".. aku berhenti melangkah dan menoleh kepadanya. Hamboi panjang betul jawapan budak pink ini! Err……

Yelah yelah nama aku Fizz…”aku jawab dengan malas…..

Salam perkenalan Fizz..nama saya Afiq Haziq, orang panggil saya Afiq” jawabnya dengan
manis terukir di bibirnya. Manis jugak dia ni senyum errkkk..pehal aku puji budak pink ini! Arghh dah gila keeeee…errr…

Ok Encik Afiq Haziq, Aku ni sebenarnya tak da masa nak bermesra alam dengan kau sekarang …apa kata kau balik , pergi ambil kursus taekwando latih diri kau jadi kuat sikit. Jangan jadi manja sangat! Malu sikit dengan aku..Aku pergi dulu!” Tanpa mendengar jawapan daripadanya aku terus melajukan langkah meninggalkannya terkebil -kebil di situ.
************* Sambungan SELEPAS FIZZ PENGSAN************

Awak…Awak..Awak..bangun..” Aku terasa pening sangat, Aku cuba membuka mata perlahan-lahan apabila namaku dipanggil berulang kali. Kelihatan samar-samar wajah lelaki sedang merenungku. Rambutku diusap lembut.Semakin lama,wajah lelaki semakin jelas kelihatan dan serentak dengan itu aku terus terbangun. 

Kau jangan berani sentuh aku!! Aku pukul kau kang!” Tengkingku dengan tiba-tiba. Dia terkebil-kebil. Mulutnya sedikit ternganga.

Tapi saya suami awak, suami yang sah untuk awak..hurmm”Hati aku tiba –tiba mendidih bila dengar perkataan SUAMI!!! ..aku tak percaya sekarang aku Isteri orang dan paling buat aku bagai nak gila MAMAT PINK ini Suami aku!!

Wait!!! Kau dengar sini ye mamat lembik arghhh lantak lah ape pun nama kau! Kau itu hanya suami ATAS KERTAS..Untuk pengetahuan kau! Aku  tak pernah ada hati nak kahwin dengan kau!, Sebab aku kahwin dengan kau pun kerana ibu aku! Ibu aku yang paksa aku kau tahu tak!?” Aku mengherdik dia..Dia terdiam, Aku tak boleh terima semua ini….aku tak boleh terima…..

Okay, Fizz jangan bimbang, saya tak kan sentuh Fizz tanpa izin dan kerelaan dari Fizz”Dia senyum dekat aku…huh! Biar betul mamat ini! Tak kan sedikit pun tak terasa hati dengan kata-kata aku tadi… Mamat ini betul ke tak? Tak kan aku kahwin dengan orang gila kot! Oh tidakkk.Ibu!! ini ke lelaki yang Ibu kata boleh jaga Fizz…. Alahai Ibu!! Dia nak jaga diri sendiri pun susah ini nak jaga Fizz…errr ………..

Awak jangan lah pandang saya macam tu..malu lah,” kata-katanya membuatkan aku tergelak… apasal aku rasa suami aku ini perangai macam perempuan, malu-malu kucing pula tetapi dia masih mengekalkan identiti lelakinya….errr Fizz jangan PUJI dia!!! Pehal aku nieeeeee…

Eleh bukan luak pun aku pandang kau…Suka hati aku lah nak pandang siapa pun!,” rengusku.

Mesti sebab saya ini hensem sangat kan, sebab itu awak pandang macam nak telan saya hidup –hidup kan?' katanya sambil tersengih macam kerang busuk.Aku mencebik.

Perasa + santan betul juga kau ini kan!!” Kataku kasar.

Okay lah Encik Afiq Haziq memandangkan kita bakal duduk serumah dan dah jadi suami isteri, So aku cadangkan kita berdua bahagi tugas masing-masing..okay tak? “Aku senyum penuh nakal , dalam otak aku mamat ini memang senang dibuli …haha

Tugas masing- masing yang  macam mana tu awak?” Dia mengerutkan kening sambil memandang tepat ke muka aku..Tengok tu, budak ni memang betul-betul blurr la..kena cakap satu-satu.Its okay lah …at least  aku bolehlah mengambil kesempatan ke atasnya nanti.Hehe..

okay macam ini lah, Tugas memasak untuk kita berdua tak kira lah pagi, dan malam. Tengahari tak payah kot sebab kita dua bekerja kan, mengemas rumah setiap hujung minggu, Basuh baju, basuh toilet semua dan akhir sekali basuh kereta aku sekali okay! ” Terangku panjang lebar yang bunyinya seperti satu arahan yang mesti dipatuhi..Afiq hanya terkebil-kebil sambil membilang jarinya dan mulutnya terkumat kamit menghafal kata-kataku…haha padan muka kau nak sangat kahwin dengan aku kan..Rasakan!! HAHA

Okay! Saya faham semuanya . so ada 5 tugas ? Banyak ..hurmm so apa tugas awak pula?” Dia tanya ku dengan pelik, Yelah dia 5 tugas dan hampir kerja sepatutnya aku yang buat dia yang kena ambil alih..

Tugas aku adalah, memastikan rumah kita selamat dari ancaman musuh!” Lagakku macam seorang ketua polis negara la pulak.errr Dia hanya senyum pada aku……

So macam mana? Setuju?” Aku takut juga mamat pink yang baru jadi suami aku ini, tak setuju err...

Saya setuju!” Dia setuju tanpa banyak soal, agak pelik pada pandanganku.Dia langsung tidak melatah dengan keputusanku…Lantaklah asalkan aku boleh buli dia haha…

satu lagi sebelum aku lupa! Aku nak bilik asing –asing..hurmm maksud aku bilik tidur kita berdua asing-asing aku tak nak tidur dengan kau okay! Tak rela aku~~”Tengok je mamat ini lembik entah-entah err Fizz stop it with ur dirty mind! 

Tapi kita kan suami isteri tak kan nak tidur asing-asing nanti apa orang kata?”Dia tidak setuju dengan cadangan aku nak bilik asing-asing…

Okay lah lagipun aku yakin kau tak kan berani sentuh aku kan?”Dia hanya mengangguk .. aku pun tak kisah dia tidur sekatil dengan aku pun..Berani lah dia nak buat bukan –bukan dengan aku..memang aku debik dia sampai koma …
  


Okay..so..deal!” Kataku sambil menghalakan ibu jariku kepadanya .
 



Deal!” Dia turut menyentuh ibu jarinya ke ibu jariku. Aku tersenyum penuh makna dan dia tersenyum manis seperti biasa.

Tugas tu, kita kena start sekarang ke?

Tak lah, nanti kita pindah kat rumah yang mak bagi kat aku, kau boleh start tugas kau,” jawabku ringkas.Dia hanya mengangguk setuju. Ibuku ada menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat yang sedikit jauh dari rumah kami sempena perkahwinanku . Kini aku masih berada di rumah ibuku.

************

 Seperti biasa aku bangun awal pagi untuk ke tempat kerja, sebenarnya ada faedah juga aku kahwin dengan Afiq ini, aku dapat kerja pun sebab pertolongan Afiq, dia ada kenala yang boleh bagi aku kerja dalam bidang yang aku minat ,Memang tak sia –sia aku kahwin dengan mamat pink ni..Terima kasih pada ibuku lah sebab paksa aku kahwin dengan Afiq haziq HAHA

Awak ,dah bangun?”aku di sapa oleh Afiq.. seperti biasa setiap pagi dia akan buatkan sarapan untuk aku dan dia, yang paling best setiap kali sarapan dia rumah dia memang masak yang sedap, aku pelik betul dia ini, pandai betul masak..kalah ibuku.. opsss aku lupa pula, dia kan anak mama.. HAHA.. entah –entah masa dia kecik-kecik selalu ikut mama pergi pasar then tolong mama kat dapur….patutlah anak mama, lembik pula itu..mak mak rupanya ….huh!

Heh kau ni kalau bagi salam dulu boleh tak? Terkejut aku tau..,” aku merengus geram .

Maafkan saya..saya tak sengaja" Asyik maaf..maaf..maaf je! Naik muak aku.



Kau pergi mana hah? Aku cari tadi tak jumpa pun!”Aku memarahinya lagi..hampir setiap hari aku memarahi Afiq, tapi dia hanya tersenyum macam kerang busuk..tak da perasaan ke apa mamat nie..geram betul aku..



saya pergi sidai baju, bukan semalam awak suruh saya baju awak walaupun tengah malam? Hah?”Jawabnya lembut seperti biasa dan sengaja dia tekankan perkataan tengah malam itu, Jatuh kesian pula aku dengan Afiq ini, Tengah- tengah malam aku paksa dia basuh baju..err tidak jangan nak kasihan sangat Fizz! Dia yang setuju buat semua ini …Lantak dia lah huh!.

Yang kau ini kalau aku suruh terjun bangunan ,kau buat juga ke? ”Tanya aku dengan kasar

Apa maksud Fizz? Hah?“Jawabnya sambil buat muka blurr err. Benci betul aku kalau aku cakap orang tak faham, Aku guna bahasa Alien ke? Sampai mamat pink ini tak faham!

Haish,!dah lah! Malas aku nak layan mamat blurr macam kau ini. Makan lah yang kau tengok aku makan itu pehal!?”Aku perasan dari tadi Afiq asyik pandang aku makan je, Lama-lama macam ini malu juga kot! Huh! Sahaja je mamat ini bagi hati aku tak keruan ekk? Pehal pulak hati tak keruan ini Fizz!! Cepat –cepat aku terus makan malas nak tengok Afiq lagi….err..!

Okay saya makan, Sedapkan saya masak?” Dia senyum sambil dan tanpa membuang masa dia terus menjamah roti sandwich dan kuih donat yang telah tersedia di atas meja .

Perasan! Ingat sedap sangat ke..”Merengus aku…huh
Tengok senyum lagi…Murah sangat senyuman betul dia ini ….sikit –sikit senyum ….Ingat comel ke! huh....Gila~~




"Awak..kalau saya nak tanya sikit boleh?” Dia kelihatan seperti takut-takut.


Kau nak tanya apa? Tanya jelah..,” jawabku tegas. Dia ingin membuka mulut tetapi seolah-olah tidak berani untuk menuturkannya.Aku benci betul lah dengan orang pengecut! Err

“Tak ada apa-apa lah… Kalau saya tanya nanti awak marah saya lagi..”Jawabnya lembut

” Kau ni apasal penakut sangat hah? Dengan aku pun nak takut?Kau jangan bagi aku naik angin!” Aku membentak keras.Geram melihat kelembutan yang terpancar dari dirinya.Tak padan dengan laki tapi pengecut!! Bodoh betul! Huh!

Hurm tengok belum cakap lagi awak dah marah –marah macam ini, kalau cakap entah-entah awak debik saya sampai koma 4 bulan kot”Panjang lebar terangnya, Hamboi ingat aku ini suka-suka je nak pukul anak orang ke! Huh!Aku ada otak lah ….

Dah-dah..kau nak tanya apa tadi, cepatlah aku  tak da masa nak layan soalan-soalan yang bodoh okay!..Aku harap kau tanya soalan yang masuk akal tau!” Bentak aku, err kalau aku layan mamat ini lama-lama boleh ting tong otak aku! Dan boleh jangkit penyakit blurr dia huh!

“Saya nak tanya , Awak memang tak suka pakai baju kurung ke? Saya selalu tengok awak pakai macam ni je tiap-tiap hari ,macam lelaki pulak. Saya rasa kalau awak pakai baju kurung lagi manis, sebab awak tu perempuan..,” Tersedak aku, Segera aku mencapai air teh yang terdapat di atas meja.
Berani dia tanya soalan ini pada aku! Telinga aku terasa panas, hati aku mula mendidih, mamat ini! Haish!!

sejak bila kau prihatin sangat dengan pakaian aku ini!? Suka hati aku lah nak ! pakai baju apa pun..Baju kurung leceh kau tahu tak..kau tak pernah pakai sebab itu kau tak tahu kan!? Kau tak payah nak pandai-pandai nak tegur pakaian aku!” Tengkingku. Dia terdiam . Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menahan geram. Aku pantang ditegur soal pakaian walaupun oleh ibu aku sendiri.

Awak maaf, saya tak bermaksud nak buat awak kecil hati dan marah sampai macam ini,maaf maaf ,,hurmm ”Ungkapan maaf dari dia buat hati aku sejuk sikit, sikit jelah …..

Okay aku maafkan kau kali ini, tapi lain kali aku tak tahu lah boleh maafkan ke tak, tengok –tengok kau dah ada dalam ICU” Ugut aku pada Afiq…
Baiklah..saya janji saya tak kan ungkit lagi soal ni..,” pipi dan telinganya kelihatan memerah.Mungkin menahan sabar dengan kerenahku.Cehh!! Dia tak takut dengan ugutan aku ke…huh! 
Okay aku pergi dulu, Bye…jangan lupa masak malam nanti okay!”Pesan aku dengan tegas….sebelum keluar dari rumah..

Baiklah awak, Saya faham”Dia mengeluh, Proteskah dia? Lantaklah ..Kisah apa aku dengan dia ….


*************

Ibu!...Buat apa kat sini”terkejut aku dengan kedatangan ibu kerumah aku… aku memandang Afiq dengan harapan dia beri penjelasan..namun dia hanya tertunduk sahaja..dah kenapa budak  ini, selalunya dia yang paling kepoh kalau ibu datang…

Ibu datang lawat anak menantu pun kena bagitahu dulu ke Fizz”Sinis sahaja suara ibuku…

Bukan macam itu lah Ibu, Boleh lah Fizz masak untuk Ibu kalau tahu awal Ibu nak datang rumah…Kan sayang?”Aku terus memaut lengan Afiq, Gila lah kalau Ibu tahu aku buli Afiq tak ke nahas aku kena parang dengan Ibu nanti huh!..Afiq hanya diamkan diri, aku mengecilkan mata sambil merenung kearah Afiq, Dah kenapa ini mamat lembik ini….

Kamu tak payah nak berlakon lagi Fizz, Ibu dah tahu semuanya, Apa nak jadi dengan kamu ini Fizz, dari bujang sampai kahwin, Tak pandai-pandai nak buat kerja rumah sendiri kan, Ada kah patut harapkan suami kamu yang buat kerja rumah, Apa yang sebenarnya main dalam otak kamu ini Syafiza!!”Ibu menengking ku depan Afiq, Ya Allah malunya, Ibu bocorkan rahsia aku depan mamat lembik ini,Apa ibu ini!... Berdesing telingaku mendengar hentaman kata-kata dari ibuku. Aku memandang geram pada Afiq. Kurang asam punya mamat Pink!!, sesuka hati dia mengadu kat Ibu aku buli dia…..arghhhh!!.

Ibu, Ibu jangan salahkan Fizz, Afiq yang nak buat semua ini, lagipun Afiq dah biasa …”Afiq  menyampuk .Mungkin memahami maksud jelingan tajamku terhadapnya sebentar tadi….

Kamu jangan nak sebelah bini kamu ini Afiq, Ibu tahu apa yang di buat pada kamu, Dia buli kamu kan. Dia suruh kamu basuh, memasak semuakan!....Fizz Ibu tak pernah ajar anak ibu derhaka pada suami, kenapa kamu jadi begini Fizz, mana silapnya Ibu didik kamu dulu Fizz”Marah betul ibu dengan Aku, marah sungguh sehingga merah padam muka Ibu ….

Apa yang derhakanya Ibu, Lagipun Afiq yang setuju dengan semua ini…. Fizz tak paksa dia okay!”Marah aku, sesuka Ibu nak tuduh aku bukan-bukan arghh geramnya!

Tengok! Dah pandai menjawab …Ibu mahu Fizz berhenti kerja!, Jaga makan minum suami, Bukan suami yang jaga makan minum Kamu!, Kamu suami ke Afiq yang suami,.. Berubahlah Fizz, Ibu ingat bila kamu dah berlaki ini , semua akan berubah, tapi semuanya sama sahaja Ibu tengok, makin menjadi- jadi perangai kasar kamu, Tengok ini berpakaian lelaki …Ya Allah Fizz ingat tuhan Fizz, Ubah sikit pakaian kamu tu. Kamu tu bukan jantan Syafiza oit!!..kamu tu perempuan..perempuan! Kamu tak malu dengan jiran-jiran ke?!” Hatiku semakin panas mendengar bebelan ibuku yang benar-benar menghinaku. Sampai hati ibuku menghina anak dia sendiri tetapi menantu dibela.Aku merengus geram.

Ibu!! Dulu Ibu yang paksa Fizz kahwin dengan mamat lembik ini kan!! Fizz dah cakap berulang ulang kali, Fizz tak nak kahwin dengan dia! Ibu paksa jugak!. So, sekarang jangan salahkan Fizz kalau dah jadi macam ni.Fizz dah besar bukan budak –budak tadika lagi lah Ibu! Fizz boleh atur masa depan Fizz sendiri huh!! Ibu fikir Fizz nak sangat ke kahwin dengan mamat lembik ini! Dahla lembik, pengecut pulak tuh! Sebab tu senang kena buli dengan bini! Entah-entah dia ni pondan!

Pang!!!!!” Satu tamparan hebat mengenai pipiku sebaik sahaja aku habis mengungkapkan kata-kata itu. Aku terkesima….

Mak tak pernah ajar kamu kurang ajar Fizz!!, Apa salah Afiq pada kamu, sehingga kamu sanggup kata begitu pada dia! Huh!!, Ibu mahu kamu minta maaf dengan suami kamu sekarang!!” Sebak ibuku menuturkan kata-kata. Dia benar-benar kecewa dengan diriku. Air mataku turut tumpah. Arghh..sebab keterlanjuran kata –kata aku, aku telah buat Ibu kecewa….Ibu terus pulang ke rumah dalam keadaan marah, dan aku Cuma menghantar Ibu dengan air mata….Afiq segera memelukku bagi menenangkan hati aku yang sakit … Aku membalas pelukkan Afiq dengan erat…aku perlukan dia buat masa ini … menyesal aku buat Ibu marah… hurmmm

Awak, Jangan menangis please”Afiq segera menyeka airmata aku yang semakin deras membasahi pipi, Aku hanya diam dan membiarkan diperlakukan sebegitu, lembut sahaja suara Afiq memujuk aku, Ya Allah berdosanya aku derhaka pada suami aku ini.. Hanya esakkan semakin kuat yang aku berikan pada Afiq, berat mulut aku ingin meminta maaf, egonya aku Ya Allah ….

*************

Selepas kejadian malam itu, Aku dan Afiq semakin akrab , Aku selalu tolong dia buat kerja rumah sama-sama, Kalau dia memasak aku kemas rumah, Kalau dia mengemas, Aku tak masak pun haha, aku mana tahu masak, tapi Afiq selalu paksa aku belajar memasak…Tak suka betul kemudian dia suruh aku berubah, Pergi kerja pakai baju kurung dan paling dia suka aku sudah bertudung..dia kata manis sangat macam gula-gula kapas, Tergelak aku bila dia kata macam tu, so aku pun suruh dia belajar pertahankan diri, Tak kan aku bini dia nak selamatkan dia setiap sekali dia dalam susah! Huh~…Dan sejak kejadian itu juga aku tidur dalam bilik berasingan dari Afiq, Bukannya apa sejak kebelakangan ini hati aku macam khianat aku je..lagi-lagi selepas Afiq peluk aku hari tu..err tak betah!! aku duduk satu bilik dengan dia lagi~~

Bosan betul lah hari minggu ini…. Hurmm kalau kacau Afiq okay kot haha”Aku terus ke bilik Afiq…."

Afiq..ohhh Afiq…”Panggil ku dengan lembut, Sejak dah baik ini aku dah tak cakap kasar-kasar dengan Afiq, Biasalah aku kan perempuan err…..geli betul kadang-kadang bila tengok berubahan aku ini, Drastik sangat kot ….bila aku tanya Afiq yang aku ini macam tak ikhlas sahaja nak berubah,Dia hanya tahu senyum, senyum dan senyum, kerja Afiq senyum je..err panas je hati aku tengok dia senyum macam kerang tak beberapa busuk itu….

Awak, saya dalam toilet ini,Tengah basuh toilet, Awak nak apa Fizz?”Sayup-sayup kedengaran suara Afiq dalam tandas, Aku tengah bosan tahap nak terjun KLCC ini, best juga kalau dapat kenakan Afiq..

Kat sini kau rupanya, hurmm basuh Tandas ek? Rajin betul kau”Puji aku..padahal tak ikhlas pun sebab niat aku nak dia cuci tandas aku sekali haha

“Hey, Fizz jangan masuk lah lantai licin
”Belum sempat dia melarang ,lantai licin membuatkan aku tergelincir dan terjatuh ke belakang namun Afiq lebih pantas menyambutku . Aku tergamam melihat wajahnya begitu dekat dengan wajahku. Kerana rasa tidak keruan aku menolak tubuhnya untuk menjarakkan wajahku darinya namun dia masih sempat menyambutku tetapi kali ini matanya pula berada dalam pandanganku.Aku terkedu seketika. Dia juga begitu.Terkebil-kebil melihatku.Apa sudah berlaku? Baru aku sedar yang bibirnya menjamah bibirku.Arghhhh aku menjerit sambil memukul dada Afiq….. tetiba Airmata aku mengalir,..

Awak, sakit lah..sakit!”Dia menahan tangan aku dari memukulnya lagi, mata kami berdua bertaut, Secara mengejut Afiq, mencium mata aku…..aku hanya berdiam…

Awak ..Awak”Afiq memanggil aku sambil tangannya menyapu lembut pipi aku yang dah dibasahi Airmata tadi,…Aku hanya memandangnya dengan tajam dan bangun berlari ke dalam bilik…

Awak.awak,,,,,saya minta maaf, saya tak sengaja…tolong buka pintu ini Fizz..please..” Aku rasa macam tak percaya dengan apa yang berlaku tadi… arghhh aku tak tentu hara dalam bilik kejap, bangun kejap duduk atas katil…..Aku sentuh bibir aku yang dinodai oleh Afiq tadi….rasa nak menangis lagi…. Pehal aku nak nangis ini..Afiq berhak kot buat macam itu..gatal juga aku ini ..err..arghhhh!! Aku segera buka pintu bilik…

Hurmm, tak pelah..kau tak sengaja kan….dah lahh lupakan okay!”Aku menutup pintu dengan kasar meninggalkan Afiq yang sedang terkebil –kebil di luar bilik aku….Baik aku lupakan semua ini…hati aku ini dah mula ada perasaan aneh..aku sendiri pun tak boleh nak gambarkan ..huh! …sengal betul….

*************

Kenapa pula remote ini tak boleh guna ini…”beberapa kali aku menekan-nekan butang merah untuk membuka TV tapi tak boleh juga…. Bateri habis kot…hurmmmm..time aku nak layan TV ..bateri habis pula adoi!!.... Tanpa berfikir panjang aku terus ke tingkat atas untuk ke bilik Afiq.Mungkin Afiq ada bateri lebih…aku masuk ke biliknya Ketika aku masuk ke biliknya, dia baru keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Dia tergaman melihat aku.Aku pula terkejut melihat keadaanya lantas aku berpaling ke arah lain .Ya Allah malunya aku…time macam ini baru nak mandi ke mamat ini…melihat tubuhnya yang sasa tanpa dibaluti baju. Membuatkan Pipiku terasa panas. Alamak..salah masa la pula aku masuk kali ini…..oh tidak…. Fizz tahan Fizz..jangan panik..err…

Fizz , hurmm kenapa masuk bilik saya?” Soalnya lembut. Jantungku mula berdegup kencang.Tidak sanggup berhadapan dengannya ketika ini…Ya Allah kenapa ini, tak kan aku..arghhhhhhhhhhhhhhh,,,tak mungkin kot…tapi…huh!

tak da apa-apa..maaf masuk bilik kau tanpa izin..aku keluar dulu..” kataku tanpa melihat ke arahnya. Aku terus berlalu dari situ namun tiba-tiba terasa ada tangan yang memaut lenganku.. alahai….jangan goda aku Afiq..tolong Afiq…..Dengan spontan aku berpaling. Aku seperti kehilangan kata apabila melihat Afiq betul –betul berada dekat denganku.Aku terpaku. Hatiku semakin tidak keruan apabila melihat wajah sebenarnya tanpa cermin mata besar dan rambut yang masih kusut selepas mandi. Hensemnya!!!! Macam Cho Kyuhyun lah…Ahli kumpulan Korea yang aku minat Super junior itu…Afiq macam dia!  …Afiq kau buat aku gila tahu tak!! Bencinyaaa….hati ini pun satu pehal nak dengup kencang bagai..marah aku pada diri sendiri..

Awak mesti nak minta tolong saya kan? Kalau tak ,awak tak kan masuk bilik saya..,” aku kembali ke alam nyata mendengar pertanyaannya….

err sebenarnya..aku nak pinjam handphone kau ..err”Aku terus lupa apa yang sebenarnya nak ambil dalam bilik Afiq, tetiba otak aku bagi idea yang bernas ..bernas ke? Lantaklah..yang penting aku nak selamatkan diri.

Owh..boleh je..duduklah dulu..,by the way kenapa nak pinjam handphone saya, nak telefon boyfriend ye” sambil pelawanya kemudian berjalan ke arah meja tulisnya lalu mengambil Handphone miliknya dan serah kepada aku... Dadaku terasa sesak apabila melihat dadanya yang bidang..apa lagi bila melihat senyumannya yang memukau.Ya Allah kenapa dengan aku ni ? Kenapa mesti aku rasa begini?

Terima kasih.err tak lah aku nak telefon Ibu, lama tak telefon ibu, Rindu lah”Tipu aku, err kejadahnya aku nak telefon boyfriend kalau kau still suami aku yang sah! Sengal lah..tapi aku tak payah cari boyfriend lah sebab kau kan suami aku…..nak je aku kata macam ini kat dia..tapi aku hanya luah dalam hati jelah ..huhu…

Maaflah, saya gurau je, tak kan awak ada Boyfriend kot.saya kan suami awak”Gelak dia pada aku, Afiq duduk sebelah aku sambil tangannya meraih tangan aku dengan lembut dia katakan dia nak bawa aku balik jumpa Ibuku,  Aku hanya mendiamkan diri…..lalu aku mengangguk tanda setuju..Dia hanya tersenyum melihat aku …aku just arghhhh tunduk tak sanggup nak memandang wajah dia…

Lain kali datang la melawat bilik saya lagi..saya suka kalau awak ada kat sini,” katanya selamba.Matanya merenungku dalam.Aku menelan air liur, air liur aku rasa pahit huh!... Kenapa suara dia romantis semacam je? Alahai,,,Afiq boleh jatuh jantung aku kau buat…..

Buuaatt apaa aku nak lawat bilik kau lagi…apa-apa pun Terima kasih..sebab nak bawa aku balik jumpa ibu, aku keluar dulu okay..” Aku menjawab tanpa memandangnya… Aku tidak boleh lama di situ kerana nafasku semakin lama semakin tidak stabil ketika berhadapan dengannya! Aku terus berlari meninggalkan biliknya segera…

Awak, hari ini awak bawa kereta okay..”Afiq  mengenyitkan mata pada aku, Aku hanya memandangnya acuh tak acuh, bukannya apa, aku khuatir hati aku jahat pada aku lagi….err

Pehal pulak aku nak bawa? Kau lah bawa…malas lah aku penat…”Jelas aku padanya, Adakah aku isteri kena bawa kereta, suami apa mamat nie….Aku mencebik

Tapi saya tak sihat lah awak….demam ” Dia buat muka seakan lemah..huh! Ngada betul lah….

Tak da..tak da… kau drive, cepatlah aku tak sabar nak jumpa Ibu ini..
Aku terus masuk dalam perut kereta.. Akhirnya Afiq akur dan menghidupkan enjin kereta ….Aku tersenyum puas…tapi sebenarnya dalam hati aku jatuh kesian, memang dia demam pun tapi aku ini keras kepala betul lah nak bertolak ansur…err nasib kau lah Afiq dapat bini keras kepala macam eden ni..HAHA

Sepanjang perjalanan kami hanya berdiam diri.Aku tidak tahu nak borak apa dengannya . Dari tubir mataku, aku perasan yang dia seperti tak larat nak drive,,dalam hati aku risau kalau tetiba dia terpengsan ke, tak fasal- fasal aku dan dia arwah pula…

Hey, kau okay tak ini, aku tengok kau macam tak larat je drive,  kau berhenti at tepi , aku ganti kau drive okay…?”Tanya aku, bimbang aku tentang kesihatan dia dan keselamatan kami,…aku meminta Afiq hentikan kenderaan di bahu jalan, biar aku yang drive….

Tak pe lah Fizz, Afiq okay je…jangan risau okay” Tangannya menggenggam erat jari –jemari aku dengan kemas… aku terkejut lalu cuba melepaskan tautan jari aku dan dia, Namun dia pantas mengeratkan lagi tautan tangan kami…akhirnya aku rela juga dan membalas tautan itu….

Awak, sayang saya tak?”Aku memandangnya dengan aneh, dah kenapa pula tanya aku soalan –soalan cepumas macam ni…Aku hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan Afiq..

sayang lah tu kan kan’Afiq tersenyum ceria bila aku tak menjawab apa-apa..adoi pelik betul lah dia ini….

bila masa aku cakap sayang pada kau!?” Eeehh tak tahu malu betul lah….

Alaa awak diam maknanya awak sayang saya lah… betul kan Fizz awak sayang saya?”Tanyanya penuh yakin sambil matanya masih memandang jalan raya

err… aku tak tahulah, hurmmm” Aku mengeluh …

Apa yang awak tak tahu Fizz?” Tanya dia dengan nada yang lembut, romantisnya suara  dia… dah lah hensem gila!! Sejak aku paksa dia berubah cara pakaian , perghh ini lah hasilnya Cho kyuhyun versi malaysia aku.. aku suka tengok mata dan bibir dia ..gatal betul , lantaklah suami aku juga bukan orang lain kot ..huh!

Aku, tak tahu lah aku sayang kau ke belum”perghhhh luah juga isi hati aku yang terpendam ini..aku tak tahulah sayang dia ke tak ..aku keliru omputih kata  “confuse”cehh nak juga omputihnyaaa….
okay saya akan buat Fizz cakap I love you pada Saya… ”Gelak dia .. err I love you? Tak mungkin kot

kau jangan nak buat lawak lahh… tak kuasa nak cakap perkataan itu geli lahh”Aku teringin nak cakap tapi malu sebenarnya, Malu ke ego wahai Fizz…huhu





Afiq: Okay, we'll wait and see. bajetspeaking



Fizz: Okay fine. nakbajetspeakingjugakk




Afiq: Sekarang awak cakap, "Ayam masak lemak cili api."




Fizz: Ayam masak lemak cili api.




Afiq: Cakap, "Katak pandai lompat."




Fizz: Katak pandai lompat.




Afiq: Berapa umur awak?




Fizz: 24 tahun.pehal kau ini errr….




Afiq: Yeah, saya dah berjaya buat awak beritahu umur awak!!!




Fizz: Ehh, bukan ke tadi kau cakap yang kau nak buat aku cakap "I LOVE YOU" dekat kau?




Afiq: Awak dah cakap pun… HAHA




Fizz: Grrr, benci betul!



Arghhh jahat betul lahhh mana adil , dia tipu aku…err aku cubit lengan dia kuat-kuat padan muka…





Awak.awak, sakitlah….tak kesian ke dengan suami awak ini, dah lah demam, kena pukul pulak dengan isteri..sedihnya”Dia buat muka kesian dia err..ingat comel ke..memang comel pun heee… Aku suruh dia berhenti tepi jalan…..





Nak buat apa berhenti ini awak. Awak jangan kata nak halau saya dari kereta ini” Cuak mukanya bila aku paksa dia berhentikan kereta… haha kelakarlah suami aku ini.. comel pula tu hihi…Afiq akhirnya ikut juga permintaan aku…..





Saya nak minta maaf kat awak, selalu sangat saya kasar dengan awak,, saya kurang ajar dengan awak Afiq, saya selalu buli awak, saya derhaka dengan awak,,, saya maki hamun awak…jahatnya saya dengan awak, selama kita bernikah ini” Aku menangis depan suamiku, aku buang semua ego aku, aku nak minta keampunan dia…. Aku cium kedua-dua tangan dia dengan lembut….aku nak jadi isteri yang di redha Afiq.. bukan isteri yang derhaka.. esakkan aku semakin keras bunyinya….





Awak, cakap apa ini sayang, saya tak pernah ambil hati dengan awak lah, semua kata –kata awak semuanya saya simpan elok-elok dalam hati, Tak kan sesekali saya kesal memiliki awak sebagai isteri saya Syafiza “ Afiq senyum melihat aku, aku tersentak dengan jawabnya, Ya Allah baiknya Afiq suamiku, kenapa lah selama ini aku buta menilai Afiq,,, yang aku tahu kata dia lembik , lembik, lembik! Aku menyesal…





Tapi saya dah banyak kali buat awak sakit…..”Belum sempat aku meneruskan kata….Afiq pantas meletakkan jari telunjuknya di bibir ku,….



hush hush Awak.. jangan kata apa-apa, saya tak mahu dengar apa-apa yang buat awak makin rasa serba salah….saya tak nak sayang saya sedih ..saya tak suka





Saya Sayang awak Afiq Haziq!” aku memeluk Afiq dengan erat, Aku tak nak kehilangan dia , Biar lah orang nak kata suami aku lembik ke apa ke..yang penting aku bahagia dengan Afiq…





Sayang awak jugak Nor Syafiza Abdullah! Sayang awak sangat-sangat!”Dia meleraikan pelukkan kami ….aku dan dia masing –masing seperti jatuh cinta, memang jatuh cinta pun!! Nak sahaja aku jerit saat ini betapa gembiranya hati aku!...





Sayang, Nak tahu satu rahsia tak?”Tanya dia lembut pada aku, aku terkebil –kebil memandang matanya mencari anak mata dia ….



Sayang jangan lah pandang macam tu malu lah”Tergelak aku bila dia kata begitu, masih lagi ada sifat malu-malu kucing dia haha..



Rahsia apa?”Tanya aku serius, Sahaja aku nak tengok reaksi dia…



Alaaa jangan lah serius macam itu sayang, takut tau….”HAHA tahu takut, aku berikan senyuman manis pada Afiq, kemudian dia memicit hidung ku, katanya aku nakal suka buat dia gelabah , Alahai sweetnya cubit hidung aku haha. bila masa mamat lembik ini bertukar jadi mat Romeo err …..



 “Cakaplah cepat..Rahsia awak itu….”Tak sabar pula nak tahu ….Rahsia kerajaan suami aku ini haha 


Sebenarnya sayalah yang suruh mama saya pinang awak. Semenjak awak selamatkan saya hari tu, saya dah mula jatuh sayang kat awak. Saya nak hidup bersama awak sehingga ke akhir hayat saya..saya cintakan awak Fizz, Saya harap awak tak marah “.Lidahku kelu. Aku sungguh terharu. Tidak sangka rupa-rupanya dia sudah lama mempunyai perasaan terhadapku, tak sangka sungguh… Ya Allah terima kasih berikan aku suami sebaik Afiq Haziq.Rupanya Afiq seorang yang punyai perasaan Cuma aku sahaja yang tak melayan Afiq dengan baik… hurmm Aku sungguh menyesal!



Awak…hurmmmm”aku tak dapat meneruskan kata- kata lagi..aku kembali menangis…….



Maaf awak sebab tak bagitahu awak hal sebenar…awak mesti dah benci saya kan..”Katanya seperti menyesal membuat aku menangis…..aku sejak dah berubah ke asal jadi perempuan asyik nak menangis je… maybe dah berjangkit sifat lembut hati Afiq pada aku kot…. Err..



Awak cukuplah, jangan cakap lagi…saya maafkan awak..sayang saya hanya untuk Afiq Haziq…. I love you so much!!” Aku tak sanggup nak dengar kata maaf dari dia…. Aku yakin aku sayang dia!! Sangat-sangat , Aku memeluk dia sekali lagi…lama cukup lama…. Sehingga aku dapat rasa kucupan mesra pada dahi ku… bahagianya rasa…….







**************





Aku sedang menggosok perlahan perutku yang memboyot  yang berusia 5 bulan.Ya Allah terima kasih kerana berikan Aku dan Afiq zuriat….

Semakin hari cintaku semakin mekar semekar hatiku apabila bersama Afiq Haziq Aku cukup bahagia di sampingnya. Baru aku tahu yang  Afiq memang romantik sangat! Aku tersenyum sendirian apabila memikirkan kehidupanku kini.Peristiwa aku ditampar ibu kerana kurang ajar dengan Afiq suami ku sendiri, Saat aku kantoi tertangkap oleh Afiq dalam bilik tidur dia..dan paling aku mengamit memori, adalah,saat aku meluahkan rasa sayang aku kepada seorang lelaki yang bernama AFIQ HAZIQ.di situ lah titik permulaan kebahagiaan rumahtangga kami. ….. Ini lah Cerita aku ..Cerita Cinta Si Kasar …….






 




Older Post
Cerpen Saya
: terukir-cinta-untuk-ku
: dia-pilihan-ku
: benci-akhirnya-cinta.
: cinta-si-kasar
: dipenghujung-cinta-adam
: Coming Soon..
: Coming Soon..
: Coming Soon..

NAVIGATION HERE