Koleksi Cerpen!
Dia Pilihan Ku
Friday 14 September 2012 | 11:04 | 8 Panda!
Dia diam , aku diam, dia makan nasi, aku minum............. Arghhh tak boleh jadi ini,aku baru nak buka mulut...
" ..aku...ermm ermm " panggil dia
"Ye Iman...." Liniey Control tenang
"Aku nak mintak maaf sebab selalu buat kau marah,dan maaf sekali lagi sebab couple  dengan ila tanpa bagitahu kau" Aku tersenyum bila dia minta maaf...tapi! senyuman aku mati bila dia kata COUPLE dengan Ila .. aku rasa nak cekik sahaja BFF aku ini...........................

"Apa!! kau couple dengan Ila gedik itu?? " Marah Liniey pada Iman..arghh Iman memang suka buat Liniey marah sesuka JIWA dia je nak couple dengan orang yang Liniey benci... bukan dia  tak tahu Liniey sememangnya berbulu tahap babun! benci Ila itu...IMAN!!!!!! ..............
"Liniey janganlah marah,dengar dulu apa yang aku nak cakap ini, sebenarnya Iman memang dah lama jatuh suka pada Ila, cuma iman takut nak bagitahu  " jelas Iman padaku
"Kau dah kenapa takut nak bagitahu aku? dan lagi satu macam dah tak ada perempuan lain kau nak jadikan makwe kan...Ila gedik gila itu jugak kau pilih" huh!! sengal betul BFF aku ini!!*Rungut hati Liniey*
Iman hanya mampu diam......Aku terus beredar...aku terkilan dan cemburu ...huh! pehal aku cemburu pula.....dia BFF aku sahaja itu janji aku !! balik lagi baik.........
***************

"Apa!!??? Kahwin!!!?? Kau biar betul Iman..kita belajar lagikan?? lagi 5 bulan final year..jangan buat kerja gila ar" Aku marah Iman..memang sah Iman dah tangkap lentuk dengan minah paling  gedik kat Universiti tempat aku dan Iman belajar....
"Aku serius nak kahwin tapi lepas habis belajar lah,aku nak minta tolong kau ermm ermm... tolong pujuk mama Iman boleh?" Liniey dah agak Iman mesti suruh  pujuk mama dia ... sebab mama dia tak akan pernah setuju dengan cadangan gila dia ini..
"Aku tak nak masuk campur..itu masalah kau..kau yang nak kahwin kan? so buat sendiri" hati Liniey semakin sakit..Liniey sendiri tak tahu...
"Liniey!!!...tolonglah aku... please ...mama mesti dengar cakap kau dia kan sayang  kau" Iman merayu -merayu pada aku...suara dia bunyi seakan ingin menangis...err Iman macam tahu sahaja kelemahan aku , aku memang tak boleh elak dari terima rayuan dia..."Liniey kenapa kau lemah sangat dengan Iman tak kan kau sayang dia lebih dari seorang kawan kot" Seloroh aku dalam hati
"Yelah aku tolong..aku tolong pun sebab kau ..bukan minah gedik itu Ingat!"akhirnya aku terima juga....dalam hati aku ...alahai liniey kau biarkan hati kau sakit sebab nak tolong orang yang kau sayang kahwin dengan orang lain memang kerja gila....

*****************
"Tidak!! mama tak kan setuju sampai bila-bila..dan kamu! Liniey kenapa nak payungkan si Iman ini lebih-lebih?? mama ingat kamu akan bantah .. Ini tidak dengan kamu sekali setuju dengan rancangan kahwin Iman ini kenapa!?" Kecewa  Puan Aini dengan anak arwah kawan baik dia Puan masitah dan Encik Farhan, Puan Aini tahu Liniey suka kan Iman lebih dari seorang kawan, tetapi kenapa Liniey bantu Iman pula ? pening kepala memikirkan masalah dua orang anak kesayangan Puan Aini, Walaupun Liniey sudah kematian Ibu dan Ayah, Puan Aini tetap layan Liniey seperti dia melayan Iman anak kandungnya, Liniey juga sudah biasa memanggilnya mama sejak Liniey berusia 12 tahun...sejak kehilangan kedua orang tuanya....

"Mama dengar dulu..hurmm, Iman dah janji akan buat Ila berubah,jadi macam perempuan biasa, mama bagi lah keizinan pada Iman ye" Tenang Liniey memujuk Puan Aini, bukan dia tidak tahu kenapa Puan Aini membantah cadangan gila Iman ini...lain tak bukan sebab perangai gedik minah saiko itu si Ila yang membuat Puan Aini meluat dan tak berkenan. ini nak jadi menantu dia? tak layak langsung!

"Sudah!! mama kata sudah!! Liniey Nor!!"Tengking Puan Aini pada Liniey, Dia tidak tahan dengan semua ini, sebenarnya Puan Aini mahu Liniey yang jadi menantu dia bukan Ila si gedik itu!... "mama tetap dengan keputusan mama" Sambung Puan Aini, dan terus naik ke biliknya untuk beradu... pening kepalanya dengan budak dua orang ini....

"Puas hati kau?? puas??!! mama marah aku sebab kau!! Iman kenapa kau pentingkan diri sangat ini?? mana BFF aku yang selalu dengar kata mama?? apa yg Ila itu dah asuh kepala otak kau??Apa!!??" Jerit  Liniey pada Iman... Dia berlari masuk ke bilik dan menghempaskan pintu dengan kuat sekali sehingga Iman terkejut dengan tindakan Liniey..sahabat dari kecilnya..Liniey tak pernah marah sebegitu rupa dengannya walaupun Iman selalu usik dan membuat Liniey marah....

********************

"Mama , hurmm..Liniey minta maaf, liniey tak sangka mama nak bantah macam itu sekali.." lembut suara liniey meminta maaf pada Puan Aini kerana telah buat Puan Aini bersedih dan kecewa...
"sayang, mama maafkan Liniey, tapi tolong jangan paksa mama terima Ila sebagai menantu mama, mama nak kamu jadi menantu mama bukan ila..." akhirnya terluah juga hasrat Puan Aini ingin menantukan Liniey...
"Apa mama? " Liniey seakan tidak percaya dengan apa yang di perkatakan oleh Puan Aini sebentar tadi....
"Mama nak Liniey yang kahwin dengan Iman..." Jelas Puan Aini dan tersenyum lihat aksi Liniey bila dia berhasrat nak menantukan Liniey ...
"Apa mama cakap ini, Iman sayang Ila, dia nak kahwin dengan Ila bukan Liniey lah mama" Jujur Liniey pada Puan Aini, dia tahu tak mungkin dia dapat memiliki Iman ...dia sedar diri... dia hanya KAWAN! tak lebih dari itu..dan pasti Iman jugak anggap Liniey  sekadar seorang teman sahaja..teman rapat Iman..
"Mama akan pujuk Iman terima Liniey ...mama nak Liniey yang jadi isteri Iman... Liniey jangan risau .. Iman pasti setuju"Puan Aini mahu Liniey ,jadi dia terpaksa pujuk Iman dan pastikan Iman setuju walaupun Iman terpaksa..
"Tapi mama..Iman suka Ila bukan Liniey" Terang Liniey sekali lagi pada Puan Aini....Dia  takut hubungan baik sebagai kawan rapat yang selama ini terjalin akan telerai kerana kedegilan Puan Aini nak jodohkan dia dengan Iman.. dia tahu Iman tak akan setuju....

**********************
"Apa mama cakap ini? Liniey dan Iman KAHWIN!!?? Tak mungkin mama, Iman tak sayang Liniey ...Iman sayang Ila..Iman nak kahwin dengan Ila bukan Liniey" Terang Iman pada Puan Aini.. adakah patut dia di paksa kahwin dengan Liniey...sedangkan hatinya untuk Ila....
"Mama tidak kira.. kamu terima Liniey..Iman mama tahu kamu sayang Liniey kan....terima lah mama merayu pada Iman" Puan Aini memaksa Iman kahwin dengan Liniey... dia tetap mahukan Liniey sebagai menantu ...
"Mama tolonglah! Iman memang sayang Liniey tapi sebagai kawan tidak lebih dari itu mama..tolong jangan paksa Iman..."
"Baiklah kalau Iman tak mahu kahwin dengan Liniey, hurmm terpaksa mama potong elaun Iman dan ambil semula kereta kesayangan Iman itu" Ugut Puan Aini pada anak tunggalnya....
"mama kenapa buat semua ini?"Iman meminta penjelasan Puan Aini ..kenapa mama nya paksa dia kahwin dengan Liniey..Kawan yang dia sudah anggap seperti keluarga sendir.. dan sekarang mama ugut mahu ambil semua kemudahan Iman..Iman lemas...lemas dengan hajat Puan Aini yang ingin Liniey jadi Isterinya... bagaimana dia mahu hidup dengan Liniey kalau tiada cinta?
"mama mahu Iman bahagia, Mama tak rasa Ila boleh bahagiakan Iman sebagaimana liniey  bahagiakan Iman, percayalah sayang, mama tahu Iman boleh sayang dan hidup dengan Liniey walaupun Iman tiada rasa kasih pada Liniey, nanti selepas  kahwin Cinta pasti tiba... "

***************
Akhirnya Iman dan Liniey Akur pada Puan Aini, Mereka di tunangkan tanpa rela....Iman berubah ....Liniey Juga...Iman banyak berdiam...Liniey juga...kedua mereka seperti orang asing bila bertemu...dan hanya bercakap bila perlu..
Sejak di tunangkan Iman tetap keluar dengan kekasih hatinya... Liniey hanya memendam rasa... adakah dia yang bersalah kerana terima lamaran Puan Aini ? Adakah dia perampas teman lelaki perempuan paling gedik itu...kejamkah dia rosakkn hubungan persahabatan selama ini terjalin hanya kerana ingin memuaskan hati Puan Aini dan membalas jasa Puan Aini?

"weyh kau nie termenung fasal apa hah? orang tunang juga tak da lah angau macam kau ..." Tersedar Liniey dari lamunan yang entah bila akan berakhir....
"Bukan lah Ain, aku fikirkan hurmm hurmmm... mampukah aku jadi isteri Iman, kau tahu kan Iman tak cintakan aku pun..aku je yang ada perasaan pada dia selama ini sorang-sorang ermmm.." Mengeluh Liniey memikirkan nasibnya .... bahagiakah dia nanti bila sudah bergelar isteri kepada jejaka yang tidak pernah anggap Liniey lebih dari seorang kawan....
"Liniey, aku sebenarnya kesian dengan kau, yelah Iman nama je tunang kau tapi aku tengok dia bercinta lagi dengan Ila, kau tak sakit hati ke Liniey? ..." Soal Ain kepada Liniey.. Ain kasihan pada Liniey kerna terpaksa di tunangkan sedangkan Iman tak ambil berat langsung tentang Liniey... kalau dulu mereka berdua sentiasa bersama-sama sekarang seperti orang asing pada pandangan Ain..
"Aku kisah Ain, tapi siapa aku nak halang Iman terus jumpa Ila, Iman sayang Ila bukan aku....Salah aku juga...sebab jatuh hati dengan kawan sendiri..Ain aku kejam kan..kejamm" menangis Liniey di depan Sahabat karibnya.... dia tidak mampu menahan perasaan sedih dalam hati... akhirnya mengalir jugak airmata Liniey sebab Iman... kekasih hatinya yang tak pernah sedar kewujudan Liniey.....
"apa kau nie nak salahkan diri pula...weyh kau kena ingat kau tunang dia tau, kau ada hak nak halang Iman dari terus jumpa perempuan gedik itu, kalau Iman itu untuk kau,Iman jumpa beratus -ratus perempuan sekali pun dia tetap datang pada kau juga...Liniey aku nak kau bahagia, sudah jangan nangis lagi okay" Ain memeluk Liniey dan seakan tidak percaya Liniey menangis sebab Iman.. sebelum ini Liniey adalah seorang perempuan yang kuat hatinya..sepanjang perkenalan mereka ini lah kali pertama Ain lihat Liniey menangis.. nampaknya Liniey begitu sayangkan Iman.....(seloroh Ain)
(Di rumah Puan Aini)
"Lagi 2 bulan Kamu berdua nikah,Mama tak tahan tengok kamu berdua seperti orang asing sahaja..jadi mama cepatkan tarikh perkahwinan kamu berdua...dan jangan kamu membantah " Puan Aini cepatkan perkahwinan Liniey dan Iman kerana tidak tahan dengan gosip liar yang hinggap di telinganya..yelah Iman sudah bertunang dengan Liniey tapi masih keluar dengan Ila...dan Liniey diamkan sahaja.... Stress Puan Aini memikirkannya....
"Dan kamu Muhammad Iman Hasri! putuskan hubungan kamu dengan Ila, kamu tak tahu malu ke usung anak dara orang ke sana ke mari sedagkan kamu tunangan Liniey..." sambung Puan Aini.. sudah berkali- kali meminta Iman memutuskan hubungan dengan Ila tetapi sikap degil Iman sememang sukar di runtuhkan...
"Iman tak kan putuskan hubungan dengan Ila.. itu keputusan Iman! Dan Iman tak kan pernah terima Liniey sebagai Isteri Iman walaupun Dia sah sebagai Isteri Iman..mama Ingat itu.." Iman akhirnya bersuara ketidak puas hatian pada mamanya tentang semua ini....
*******************
 “Aku terima nikah Nor Liniey Nor Isha Binti Muhammad Farhan Farish dengan maskahwinnya RM2500 ringgit tunai”
Selesai akad nikah yang diadakan ala kadar sahaja.. Liniey Nor dan Iman bergelar suami isteri diatas ketidakrelaan diri masing- masing..walaupun hakikatnya Liniey masih gembira dengan perkahwinan ini.... namun bila melihat renungan tajam Iman semasa pembatalan air sembahyang selepas akad nikah tadi... dia buang jauh-jauh kegembiraan yang singgah sebentar tadi... kerana dia tahu Iman dendam dan benci padanya
Liniey terlebih dahulu masuk ke bilik.... tetamu makin kurang di pekarangan rumah Puan Aini ..sungguh penat rasanya kerana terpaksa berlakon senyum depan orang ramai..Iman pun berlakon..mana mungkin iman senyum untuk berkahwinan ini....Walaupun majlis buat kecil -kecilan tapi tetamu yang hadir terlalu ramai..yelah Puan Aini seorang yg terpegaruh dalam bidang perniagaan... mesti ramai kenalan.
Liniey usai solat isyak cepat-cepat turun ke ruang tamu untuk menolong mak mah orang gaji banglo Puan Aini kemas -kemas..mana mungkin dia biar kan Orang tua yang sudah berusia kemas bersendirian ..lagipun mak mah sudah di anggap sebagai ibunya sendiri..
"Liniey tak perlulah tolong Mak mah pergi naik atas teman Iman. Liniey dah jadi isteri orang ..tempat Liniey di sisi Iman" Puan Aini muncul entah dari mana bagi nasihat pada Liniey
"Tak pa mama..lagipun kasihan Mak mah sorang- sorang buat kerja .kan mak mah?" Tanya Liniey pada mak mah... sebenarnya dia tidak betah duduk satu bilik dengan Iman.PART 2
"kamu jangan nak bagi alasan ye Liniey...sudah pergi naik atas teman Iman" halang Puan Aini....kalau dibiarkan sampai bila Puan Aini nak timang cucu ....
"Baik mama....hurmm" Liniey terpaksa akur....
Liniey melangkah ke kamar Iman yang sekarang milik mereka berdua...liniey mencari kelibat Iman di birai katil sedang baring ....terasa penat badan Liniey ....baru sahaja ingin baring sebelah Iman tetiba..........................................

"kau tidur atas sofa....aku tak nak kau tidur sebelah aku..kau tak layak!"Keras suara Iman memberi arahan..ohh tidak itu bukan arahan tapi amaran...amaran yang tegas bagi Liniey justeru membuat Liniey terluka seakan belati menghiris hati..Iman berbicara seakan -akan Liniey seperti patung cendana...tiada perasaan langsung..
Liniey hanya sekadar gigit bibir menahan geram dan marah pada Iman ..kerana badan yang terlalu penat membuatkan Liniey tidak ada tenaga nak bertegang urat dengan Iman malam  ini..Liniey mengambil bantal dan selimut letak dia atas sofa dan lelapkan mata bertilamkan air mata.......
"Awak, bangun dah subuh...nanti terlepas waktu solat subuh..bangun lahh" Liniey  menyentuh perlahan bahu Iman.. Iman sememangnya liat bangun subuh ..yelah sudah dekat 10 tahun bersahabat..Liniey sudah masak dengan perangai Iman..hurmm bila mahu berubah wahai Iman......
Terpisat-pisat mata Iman saat mendengar namanya dipanggil-panggil. Sangkanya dia sedang bermimpi apabila melihat wajah Liniey di hadapannya..Buat apa Liniey dalam bilknya? Ya Allah semalam majlis akad nikah dia dan Liniey..dan sekarang wanita yang berdiri di depannya bukan lagi sahabat karib tetapi isteri Iman yang sah..
Iman merenung tajam mata Liniey dengan pandangan Benci .dendam
"Yelah.aku nak bangun lah ini..." Protes Iman
"baik awak...saya turun dulu okay" senyum Liniey pada Iman...belum sempat kaki berlalu pergi.... Iman sudah memegang kemas tangan Liniey.....
"Tunggu aku solat then kita turun sama-sama"
Liniey hanya turuti arahan Iman lalu duduk di atas katil...dan bangun semula untuk  sediakan baju untuk Iman..sekarang Liniey adalah isteri sah pada  Iman jadi tanggungjawab sebagai isteri harus digalas oleh Liniey walaupun Iman tak menerima Liniey .......
Iman genggam erat tangan Liniey sewaktu turun ke bawah untuk menemui Puan Aini di meja makan... Liniey hanya menurut malah debaran hatinya makin tidak keruan, Sedikit pun Iman hanya sekadar berlakon namun itu sudah membuat Liniey bahagia walaupun sebentar..
"Selamat pagi pengantin baru " Ucap Puan Aini  pada anak dan menantunya....
"pagi mama" serentak Iman dan Liniey menjawab
"mama, Iman ingat nak pindah, boleh ke mama?" sambil menyeduk satu senduk nasi goreng ke dalam pinggan...
"huh? pindah?..tapi kenapa Iman, Tak selesa duduk dengan Mama lagi ke?" Tanya Puan Aini , kenapa Iman mahu pindah sedangkan mereka selesa duduk sebumbung selama ini..
"bukan apa Mama, Liniey dan Iman perlu privasi kami kan sudah berkahwin ...kami perlu tempat yang boleh bantu kami saling jatuh cinta kan sayang?" lembut suara Iman menjelaskan tujuannya untuk pindah rumah siap panggil Liniey sayang lagi...hipokrit sungguh Iman depan mama nya "getus hati Liniey"
"betul mama kami perlukan masa untuk saling mengenal hati masing-masing.."Senyum Liniey Kelat sungguh tetapi terpaksa juga senyum ......supaya mama tak syak bukan- bukan ...di mata Puan Aini pasangan yang baru sahaja di gelar suami isteri ini sememangnya kelihatan sungguh bahagia.....tapi hakikatnya cuma Liniey dan Iman yang tahu disebalik drama yang mereka tunjukkan si hadapan Puan Aini...
*********
Iman dan Liniey telah berpindah ke rumah baru , Rumah yang dibeli oleh Puan Aini sebagai hadiah perkahwinan mereka, setelah puas memujuk Puan Aini membenarkan merka berpindah akhirnya berhasil juga.. ini semua kerana kerjasama yang diberikan oleh Iman dan Liniey... masing - masing bijak berlakon depan mama, berlakon sebagai pasangan pengantin baru yang bahagia ... kerana ini Puan Aini memberi keizinan pada Iman  dan Liniey...
Rumah yang cukup besar bagi Liniey telah membuat dirinya tak duduk diam ..hurmm kerana bila berdua dalam rumah kena lah hadap muka suami yang membenci dirinya...
"Yang kau termenung itu dah kenapa pula? cepatlah masak aku lapar ini!"Hilang semua kata- kata sayang, awak dari mulut Iman depan  mama boleh lah dia berkata begitu tapi bila dah berdua dengan Liniey rasa janggal pula.... Iman sebenarnya sudah memutuskan hubungan dengan Ila kekasih hatinya..hatinya berat nak melepaskan namun sebab untuk menjaga hati Puan Aini, mama kesayangannya terpaksa lepaskan Ila... Semenjak ayah Iman meninggal Puan Aini tempat Iman peroleh kasih sayang.. Puan Aini yelah mama dan papa iman.... tak salah rasanya korbankan kebahagiaan untuk buat mama gembira "ujar hati iman"

"Yelah.nak masak lah nie" Tak betah rasanya hati Liniey bertentang mata dengan Iman..boleh jatuh jantungnya tergolek -golek wajah kacak iman alahai dup dap dup dap dengan laju pula jantung Liniey...mata hazel milik Iman boleh mencairkan hati sesiapa yang memandangnya..."seloroh Liniey dalam hati"
"wait..kau nak masak apa?" Iman meraih tangan Liniey... Liniey terkesima sebentar....
"hah? ape nie pegang tangan saya..cakap je lah tak yah pegang rimas!" marah Liniey sesuka hati sahaja pegang-pegang Liniey..bukan kah Iman jijik dengannya.... hurmmm
"Pegang je kot, tak luak mana pun aku sentuh...lagi pun aku berhak  pegang kau lebih dari ini!" Iman bengang ,salahkah dia sentuh Liniey..bukan kah dia halal berbuat demikian!..geram hatinya.....
"Malas nak layan awak wahai Encik Iman...hurmm saya masak tomyam campur ...boleh lepaskan tak tangan saya?" Malas Liniey melayan Suaminya ini..kadang-kadang  seperti keliru dgn layanan Iman sekejap okay sekejap dingin....Liniey tak mengerti....
"Bagus sayang, mesti sedapkan..." Iman memberi kucupan di dahi Liniey dan terus berlalu ke bilik..
"hey apa ni cium saya!" Jerit Liniey tak sangka Iman akan berbuat demikian.Degupan jantung Liniey semakin laju dan muka merona merah tanda malu....
Iman hanya sekadar ketawa di dalam bilik...Iman juga tidak tahu mengapa dia boleh lakukan demikian , mungkin kerana sudah 3 bulan Liniey bergelar isteri Iman ...Iman sudah mula menerima kehadiran Liniey  dalam hidupnya yang dulu hanya sahabat rapat sekarang adalah isteri milik kekal..."tersenyum Iman sendiri....sambil menyentuh bibir yg sebentar tadi mengucup dahi Liniey yang cantik iaitu isterinya Nor Liniey Nor Isha.."
"Awak, saya dah siap masak, jum makan" Memang tugas Liniey menjaga makan dan minum Iman, semua Liniey buat sendiri... walaupun Iman melarang tapi Liniey mahu juga buat demikian...Iman akhirnya terpaksa akur....
Iman yang sedang membaca surat khabar hanya mengangguk perlahan tanda dengar arahan makanan sudah siap dimasak......

Usai makan malam .....Iman mulakan bicara...
"Liniey, sampai bila kita mahu macam ini,seorang ke selatan ,seorang ke barat..."
"Sampai Iman boleh terima Liniey..hurmm" Jelas Liniey ..sedikit berjauh hati..
"Aku..err Iman perlukan masa...tapi tak tahu sampai bila...hati Iman keliru sekarang..tak tahu bezakan rasa sayang Iman untuk Liniey adalah sebagai kawan atau suami Liniey..."Keluh Iman...dia buntu sama sekali, dia tak tahu apakah benar hatinya sudah terpaut pada Liniey, gadis yang berkulit putih,dan nampak keayuaan wajahnya bila ketawa dan senyum..tapi itu semua hilang semenjak mereka disatukan ....
"Liniey tak paksa Iman terima Liniey ...Hati dan perasaan adalah natural,Liniey tak ada hak paksa Iman" Terang Liniey, dia tak mahu Iman memaksa diri terima dan sayanginya kerana TERPAKSA! dia tahu dirinya tak layak! ... Liniey bangun dari meja makan dan membasuh pinggan dia dan Iman....dia tak nak meneruskan perbualan ni.kerana takut hatinya tidak kuat....

**********
Liniey gelisah...takut, kalut, risau semua bercampur tak tahu nak gambarkan perasaannya saat ini selepas mendapat panggilan dari Ain .... kerana mulut kawan karibnya Ain....Ain Batrisyah, gadis kecil molek itu secara tak sengaja membocorkan rahsia yang lama tersimpan pada Iman ..rahsia di mana Liniey mencintai Iman..
arghhh Stress Liniey sekarang.. apa agaknya reaksi Iman bila dengar cerita ini? dan bagaimana Ain boleh bocorkan rahsia ini? ....
"Liniey....."Suara Iman..alahai lembutnya suara suamiku "err Liniey bukan saat ini kau nak puji dia" keluh hati Liniey....
"ye ..awak... hurmm" semenjak perbualan di meja makan..panggilan antara Liniey dan Iman telah berubah kepada "awak" dan "saya" kadang - kadang panggilan menggunakan nama..
"Kenapa tak pernah bagitahu Iman?"Liniey tergamam, tidak tahu nak beraksi bagaimana, yang nyata dia sedang malu saat ini..campur dengan perasaan takut dalam diri membuatkan hati Liniey tak tentu hala....
"bagitahu Iman apa?"Berpura- pura kuat depan Iman padahal dalam hati gelodak jiwa makin kuat melanda...
"Iman kenal Liniey dah lama ...cuma tak sangka Liniey..."Iman tak mampu meneruskan kata-katanya..dia tidak menyangkal Liniey ada hati dengannya sejak mereka bergelar sahabat karib..kerana Liniey tidak pernah pula menunjukkan tanda seperti seorang perempuan menyukai seorang lelaki.."Liniey kenapa tak pernah bagi tahu iman pasal perasaan Liniey pada Iman selama ini" Terang iman,Iman berdiri dekat Liniey.. dia perlukan penjelasan dari Liniey...benarkan apa yang di perkatakan Ain semasa mereka terserempak dia JayaJusco... Iman secara tak sengaja memberitahu bahawa dia sudah boleh menerima Liniey sebagai isteri dan di situ lah semuanya terbongkar...Ain telah memberitahu semuanya tentang perasaan Liniey dan paling menyakitkan hati Iman ..Liniey pernah menangis sebab iman.....
"Iman tak perlu tahu, biar lah semuanya berlalu..."Liniey tidak sanggup memandang Iman kerana jarak mereka terlalu dekat.. liniey sekadar menundukkan kepala....
"Apa yang berlalu? kenapa Liniey seksa jiwa Liniey macam ini.kenapa tak berterus terang?"Arghh sekali lagi Iman menyeksa Jiwa Liniey....
"Iman, semua itu benda lama, jangan lah ungkitkan kembali.."Air mata mula membasahi wajah ayu Liniey...Iman segera menyeka Air mata Liniey..kerana enggan melihat wajah itu dihujani kesedihan yang sudah lama..
"Liniey Jangan nangis please, Iman tak bermaksud nak buat Liniey menangis lagi.."Suara Iman sungguh menenangkan hati Liniey, tangisan terhenti sebentar..."jadi betul lah Liniey cintakan Iman selama ini? betul ke sayang?"Iman genggam erat jari jemari Liniey dan mengucupnya dengan lembut...Liniey hanya merenung perbuatan Iman..dalam hatinya terasa bahagia..sepanjang berkahwinan ini kali pertama Iman berbuat demikian....Liniey tersenyum...
"Liniey nak tahu tak?"sambung Iman, dia sudah mula terima Liniey dalam hidup dan hatinya..Ila kekasih lama sudah lama terkubur..dan sekarang hatinya hanya perlu di isi oleh benih cinta Liniey... dia sebenarnya merasa gembira bila Ain memberitahu perkara sebenar...maknanya Liniey pun sayangkan dia cuma dia sahaja yang belum menyintai Liniey sepenuhnya kerana keliru dengan ikatan sayang atas sahabat atau isteri...dan sekarang dia yakin..debaran yang selalu getar dalam hatinya saat Liniey senyum, bercakap, lirikan mata Liniey mengusik naluri lelakinya..mana mungkin dia boleh sebilik dengan wanita secantik Liniey tanpa rasa apa-apa..lagi -lagi Liniey sudah bergelar isterinya...
"Tahu apa?"jari jemari Liniey masih dalam genggaman Iman... Liniey selesa di lakukan sebegitu... walaupun malu tapi dia bahagia...
"Iman sayangkan Liniey....tipulah kalau tak ada secebis rasa sayang pada Liniey dalam hati Iman..Iman dah mula rasa cinta ini semakin mekar sayang.."Iman mengelus lembut pipi Liniey sambil senyum ...
"betul ke Iman? Liniey tak salah dengar kan?" Liniey seakan bermimpi..dia tak sangka Iman ada perasaan sayang padanya.mungkin hanya sedikit rasa sayang tapi itu sudah memadai bagi hati yang suci seperti Liniey....Iman mengucup pipi dan dahi Liniey...
"Sayang tak mimpi pun.. Muhammad Iman Hasri Cintakan Nor Liniey Nor Isha.....sayang ,nak minta tolong boleh tak?" Iman tersenyum nakal
"err...err.. tooolllloooonggg apaaaa??"bergetar nada suara Liniey..yelah senyuman nakal Iman membunuhnya..tidakk!!
"Jangan lah sampai gagap sayang.. Iman nak Liniey panggil Iman abang boleh tak?"Ketawa Iman melihat reaksi Liniey yang seakan takut ..baginya itu sangat lah comel...
"hah? ohww ingatkan apa...okay ...Liniey panggil iman "abg" "Lega hati Liniey ,ingatkan apa rupanya itu yang diminta Iman..
"Kalau minta lain boleh tak??" sekali lagi Iman tersenyum nakal.... dia suka usik Liniey.. dan lihat muka Liniey yang seakan Udang bakar..merah kerana menahan malu..haha
"Tolong apa abg"Liniey masih control tenang....Liniey tak mahu kantoi depan Iman yang sebenarnya dia malu ....arghhh..
"Mekarkan lagi cinta abg untuk Liniey ...."
"Liniey sudi abg..Liniey janji akan jaga cinta kita sampai bila-bila dan paling penting cinta kita diredhai Allah hingga ke syurga" Liniey senyum dan mengucup pipi Iman.....
Iman memeluk erat  isterinya.....sambil berbisik pada telinga Liniey"dah lama abg nak peluk sayang macam ini, dulu ego tinggi sangat..sekarang baru dapat" Liniey membalas pelukan itu..lama cukup lama....
"sayang...."
"sayang...dah dah lah tu peluk abg ..abg sayang tak kemana pun"Iman ketawa ...
"Abg!! jahat lahhh " Geram hati Liniey.....
Iman memeluk  Isterinya kali ini lebih erat.....dia yakin Liniey adalah Jodoh dari Allah.....
siapa sangka orang yang selama ini jadi sahabat rapatnya...sekarang menjadi suri di hatinya.....Iman harus berterima kasih pada mamanya kerana telah menyatukan dua hati ini ... dan lagi penting Puan Aini adalah manusia paling gembira bila dapat tahu semua ini... Iman berjanji tidak akan sia-siakan cinta Liniey..dan bersama-sama mengecapi bahagia dengan redha -Nya.....

SELESAI SUDAH CINTA ANTARA LINIEY DAN IMAN.....OKAY MAYBE PENDEK SANGAT ...HEHE ITU SAHAJA IDEA YANG FIZA BOLEH HASILKAN :D HOPE KORANG ENJOY...NANTIKAN CERPEN BARU DARI FIZA......BYEEE TQ YAAAAAAAAA :B

Older Post | Newer Post
Cerpen Saya
: terukir-cinta-untuk-ku
: dia-pilihan-ku
: benci-akhirnya-cinta.
: cinta-si-kasar
: dipenghujung-cinta-adam
: Coming Soon..
: Coming Soon..
: Coming Soon..

NAVIGATION HERE