Koleksi Cerpen!
BENCI AKHIRNYA CINTA
Tuesday 18 September 2012 | 03:21 | 5 Panda!
 BENCI AKHIRNYA CINTA
Assalamualaikum korang tajuk cerpan ke -3  ini ..Fiza dapat dari adik Fiza ❤ IamLiniey ❤ :) Tajuk Dia Pilihan Ku pun dari budak kecik Ini hahaha....

 
Hikmah menyalahkan diri sendiri kerana Naim sengsara sebab dia....kalau dulu dia tahu Hilal akan tinggalkan dia disaat majlis akad nikah hampir dilaksanakan mungkin dia yang lari dahulu,Malu sungguh memalukan..maruahnya seperti di pijak -pijak oleh insan yang di sayangi sejak 3 tahun lalu...Naim datang menjadi penyelamat keluarga yang hampir huru hara,Naim dipaksa Ayah angkatnya Encik Halim mengahwini Hikmah.....dalam keadaan terpaksa kerana termakan budi Encik Halim ...akhirnya Naim akur dan sanggup menjadi pengantin Lelaki gantikan Hilal abg angkatnya...

"Aku terima nikah Nur Hikmah Binti Haji Ashad dengan maskahwinnya RM2550 tunai"

Hikmah mengimbas kembali acara akad nikah dengan Naim.... dia yang hanya sekadar menangis mendengar lafaz yang di ucapkan oleh Naim..kenapa mesti Naim bukan Hilal yang mengucapkan lafaz Kalimah suci itu untuk Hikmah! Hilal kau memang pengecut! mana janji-janji manis kau selama 3 tahun itu! mana!!!! "jerit hati Hikmah"

"Hikmah...."Panggil Naim

"Hikmah....."Sekali lagi Naim memanggil, nampaknya Hikmah mengelamun terlalu jauh.....
"Hikmah!! "Kali ini keras nada suara naim memanggil Isterinya, ya, Isteri yang dia tak pernah cinta....kerana cintanya hanya untuk teman sepejabatnya Zanita, Gadis moden yang seksi dan berkulit sawo matang cukup menarik minat Naim untuk memiliki gadis tersebut tetapi kerana perempuan yang bertubuh kecil dan cukup menutup aurat ini lah niatnya untuk mengahwini Zanita batal arghhhh geram hati Naim bila memikirkan rancangan Ayah angkatnya Encik Halim tentang  menggantikan Hilal yang sepatutnya kahwin dengan perempuan ini..tetapi Naim pula yang jadi korban ..Hilal seorang yang pengecut dimata Naim.walaupun Hilal abg namun Naim nampak lebih matang berbanding Abg Hilal...Kemana Hilal sudah larikan diri agaknya...

"Ya Abg, nak apa?"Jawab Hikmah lembut.....dia tahu sebentar lagi pasti dirinya akan di herdik oleh Naim, mata Naim hanya ada aura kebencian dan marah....

"Saya ingat nak pindah.. duduk rumah sendiri, saya tak senanglah duduk dalam rumah ini rimas, rimas dengan mata -mata ahli keluarga saya yang sibuk nak tengok kita "MESRA" padahal kita berlakon je...errr" Hikmah hanya diam seribu bahasa..
"Hikmah dengar tak!? Boleh tak jangan berangan depan saya ! awak ini tak guna betul sama sahaja macam Abg Hilal! sepatutnya dia yang kahwin dengan awak bukan saya!" Geram Naim..entah kenapa dia selalu mencari salah Hikmah...padahal Hikmah tak berbuat apa-apa. semua ini salah Abg hilal bukan Hikmah..tapi arghhhhh dia tetap nak salahkan Hikmah dalam hal ini...bagi dia Hikmah yang memusnahkan impian dia memperisterikan Zanita si jantung hati Naim!..
"hurmm saya dengar abg cakap nak pindah, Hikmah ikut abg sahaja, lagi pun Hikmah isteri abg sekarang ,Hikmah akan ikut abg kemana sahaja sehingga satu saat abg mahu melepaskan Hikmah" Senyum Hikmah, Dia tak mampu membantah cakap Naim kerana dia sudah dimiliki Naim jadi dia harus setia dan dengar kata suaminya...
Naim tidak dapat teruskan kata-kata ,wajah mulus hikmah di renung sebentar sebelum mata Naim dan Hikmah bertembung...bagaikan ada sesuatu yang terdetik dihati Naim.."Cantik juga dia walaupun tak seksi macam Zanita" Ujar hati Naim...tetapi perasaan itu di tepis jauh-jauh kerana itu hanya mainan perasaan mana mungkin dia terpaut pada wanita seperti Hikmah..tak mungkin!
*******************
Selepas 2 minggu Naim dan Hikmah berpindah dari rumah keluarga angkat Naim ke rumah banglo milik Naim, Hikmah gembira berpindah dari rumah mertuanya ...kerana bebas melakukan apa sahaja .... aurat tak perlu di tutup didalam rumah...dan paling penting Hikmah tak perlu lihat lakonan Naim yang sememangnya epic fail! takut jugak Hikmah jika mertuanya tahu Hikmah tidak bahagia berkahwin dengan Naim....
belum lagi ibunya Puah Hasnah dapat tahu ..mungkin mencetus perang dunia ke-3 ...
Hari ini cuti seperti biasa dia akan mengemas rumah banglo dua tingkat milik suaminya..penat memang penat tapi itu semua tanggungjawab Hikmah sekarang,Selepas mengemas  Hikmah ingat nak memasak untuk suami tercinta hehe.. Sejak bila Hikmah jatuh hati dengan Naim?
(Flash back)
"Hikmah!!! Awak okay tak ini...sini tangan...luka lahh..awak tunggu sini jangan pergi mana -mana faham!?" Tegas arahan Naim pada Hikmah..tetapi dalam hati Hikmah dia rasa Naim mencuit hatinya...hanya terkena kaca  sahaja sudah kelam kabut belum lagi kalau Hikmah bersalin nanti hehe..dalam keadaan macam ini juga masih berangan ya Hikmah...
(End Flash Back)
"Hikmah! suka sangat berangan, saya di depan awak pun tak sedar kan.." Marah Naim, kenapa Hikmah suka sangat berangan di siang hari, masih awal lagi kot nak berangan baru jam 11:30 pagi..Hikmah ..Hikmah ...
"awak!! terkejut saya, bagi lah salam dulu hishh" jerit Hikmah..yelah tetiba Naim depan mata..dekat pula itu jaraknya.... sudah Jantung yang normal sebentar tadi sedang memainkan peranannya....
"Sudah lah berangannya Hikmah!  tadi SMS saya suruh balik cepat sebab nak beli barang untuk masak kan? nah kunci kereta. Awak pergi sendiri okay..saya penat lahh"Naim lekas ke bilik untuk berehat.. penat bermain tennis dengan Syamil pagi tadi...
"Abg.....tapi Hikmah banyak nak beli..."Belum sempat meneruskan kata-kata Naim sudah menutup pintu rapat...Keluh hikmah perlahan...
"Sorang-sorang lagi lah aku kena beli barang dapur hurmmmm"


*******************

"Assalamualaikum Hikmah, Ibu ini" ..
"Waalaikumsalam mak.." tak kan Hikmah  tak tahu yang menelefon Hikmah adalah Ibunya terang-terang nama dan nombor telefon bimbit ibunya tertera pada skrin handphone Hikmah..Senyum Hikmah setiap kali Ibunya akan perkenalkan diri sebelum berbicara..Ibu -Ibu ....
"Ibu nak tanya kamu bila nak berisi ini? Kakak -Kakak kamu masing-masing sudah punya anak, kamu bila lagi sayang?"Tanya Puan Hasnah....
"Anak? hurmm Hikmah baru kahwin lah ibu " Malas sahaja Hikmah memberi jawapan..Ibunya kalau telefon tak selitkan soal anak memang tak sah ...Hikmah baru 3 bulan berkahwin dengan Naim tak mungkin punyai anak..dan Naim tak mungkin sentuh Hikmah..Bila Hikmah cuba dekat..Naim seolah menjauhkan diri adalah! ...
"Kamu dengar tak Hikmah.Ini mesti berangan lagi kan..."Puan Hasnah masak sangat dengan perangai Hikmah yang suka berangan dan paling menyakitkan hatinya Hikmah selalu berangan tak kena tempat ..Puan Hasnah menggelengkan  kepalanya ....
"Dengar Ibu..."Jawab Hikmah perlahan....
"Sudah lah Hikmah... Kirimkan salam Ibu pada Naim okay..Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam Ibu,Nanti orang kirimkan salam pada menantu Ibu itu"Hikmah mencebik...asyik menantu sahaja Ibu ingat...aku tak ada siapa nak ingat.."ujar hatinya"

"Sampai bila kau nak terus berlembut dengan Naim? " Geram sungguh Fiqa dengan adik bongsunya Hikmah...yang berhati lembut....

"Akak cakap apa ini?"Hikmah pura -pura tak tahu...padahal dia tahu maksud akaknya Fiqa, mesti tentang rumah tangganya...hurmm Malasnya nak persoalkan lagi err....
"Kau tak payah nak innocent sangat lah! geram betul aku dengan kau ini Hikmah!!" Jerit kak Fiqa pada Hikmah.....
"okay -okay relaks lah akak..Hikmah tahu maksud akak..hurmm Akak cakap senanglah suruh Hikmah buat itu ini.... Akak kahwin atas dasar cinta..Hikmah? hurmm Hikmah terpaksa kahwin dengan Naim..walaupun terpaksa tapi hati Hikmah sudah mulai jatuh cinta pada Naim akak" Kolam air matanya sudah tidak dapat bertahan lama...akhirnya gugur jugak Air mata Hikmah mengenang nasibnya yang boleh dikategorikan  malang! ....
"Kalau Hikmah tahu Hilal itu pengecut lama dah Hikmah tinggalkan dia ..tapi dia yang tinggalkan Hikmah dah buat Naim jadi mangsa keadaan! arghhh Hikmah tak tahan sudah akak..Naim benci Hikmah akak...benci sangat .."esakan tangisan makin kuat.....
Akak yang tadi marah terus terdiam dan sekadar menjadi pemerhati.....
Tangisan semakin reda..lega hati Hikmah menangis depan Akak kesayangannya..dia tahu Akak Fiqa sayangkan dia.inginkan Hikmah bahagia....Namun Hikmah tak terdaya nak menempuhi semua ini...
"Akak , Hikmah ingat nak biarkan Naim kahwin dengan Zanita...Hikmah sebagai isteri nak suami Hikmah bahagia...Jika ini boleh bahagiakan Naim, Hikmah Redha ... "segaris senyuman kelat diberikan kepada kakaknya sebelum berlalu pergi....
"Kau nak mengalah sebelum berperang ke Hikmah..kau sedar tak apa kau cakap ini..rancangan bodoh kau hanya buat kau terluka lebih dalam..."Hanya dalam hati bisa Fiqa katakan semua itu.... Hikmah terlalu lembut hatinya sehingga bertindak sebegitu rupa.....keluhan di lepaskan saat bayangan Hikmah lenyap di sebalik kereta Myvi kepunyaan Hikmah berlalu pergi dari perkarangan rumahnya....
************
"Hikmah...Awak dari mana? tahu tak saya lapar...saya call tak jawab,. saya mesej tak reply..awak pergi mana!?" Marah Naim pada Hikmah..yelah hampir 3 jam dia menanti Hikmah pulang...Hikmah bukan bekerja pun tetapi kemana dia pergi? call dan mesej Naim tidak dijawab! geram ,marah semua menjadi satu....
"Hikmah pergi rumah kak Fiqa... lama tak jumpa dia.. Hikmah dah mesej abg sebelum keluar tadi... Abg dah solat? dah mandi? kalau belum pergilah solat dan mandi..Hikmah pergi masak nanti dah siap Hikmah panggil abg" senyuman manis di lemparkan untuk Suami tercinta... setelah beberapa bulan mengenal Naim, Cinta dia hati Hikmah semakin mekar...
"Dah pandai menjawab kan? sudah pergi masak" Hati Naim tersentuh dengan Ucapan isterinya sebentar tadi, Isterinya tak pernah berkasar atau meninggikan suara..walaupun Naim selalu memarahi Hikmah dan menyalahkan Hikmah dalam perkahwinan ini....Hikmah hanya membalas dengan tutur kata yang sopan...Namun entah mengapa Naim selalu mengeraskan hatinya untuk menerima Hikmah...Puas Naim memujuk hatinya yang keras ini terima Hikmah namun tetap sahaja sama! stress juga Naim bila berkeadaan begini...

Ahad 12:30 tengahari di Taman Setia Alam


"Awak tahukan hajat saya ajak awak kemari?" Tanya Hikmah lembut kepada wanita yang agak galak matanya dan seksi.. "Inikah wanita yang akan jadi madunya? Isteri kepada suaminya Naim?" getus hati Hikmah... "Patutlah Hikmah tidak mampu mendapat cinta Naim kerana wanita di depannya cukup mempesona ...Hikmah percaya bukan Naim sahaja yang tergoda dah terkesima malah lelaki lain pun sama..." Ujar hati Hikmah ..arghh semakin bercelaru fikiran Hikmah sekarang...

"saya tahu kenapa..dan saya tahu siapa awak..awak perampas hak saya" Wanita itu hanya tersenyum sinis kepada Hikmah...
"By the way , Awak serius ingin jodohkan saya dengan Naim? Awak sanggup bermadu??" Tanya zanita pada Hikmah... pada Zanita, Perempuan di depan Zanita hanya perempuan muslimah yang hanya pandai bergaya baju kurung sahaja... bosan sungguh membosankan... no wonder Naim tak pernah jatuh hati "tawa zanita dalam hati"
"Saya sanggup..asalkan Naim Bahagia..saya sanggup" Mata hikmah mula berkaca..bila -bila masa sahaja empangan air matanya akan pecah.... Hikmah sangka dia cukup kuat untuk meneruskan hajat gila dia dengan tenang ....
"Baiklah saya setuju...tapi saya tak setuju jadi madu awak...maaf!!"Sinis sungguh jawapan yang diberikan oleh Zanita...
"Maksud awak, Awak mahu Naim ceraikan saya??"
Zanita hanya mengangguk sebagai tanda YA......
Hikmah hanya diam MENIKUS tanpa memprotes apa- apa....
"Maaf saya ada hal, lepas ini apa-apa hal awak rujuk pada Abg Naim sendiri..Assalamualaikum"Tak betah duduk di depan wanita kesayangan suaminya lama -lama..Hikmah berlalu pergi dengan hati ditusuk sembilu.....sakit ,pedih semua ada..

**********

Ketiadaan Hikmah selama 3 minggu telah membuatkan kepala Naim berserabut dengan pelbagai persoalan..adakah Hikmah tinggalkannya sebab, Naim selalu mengasari Hikmah dengan melemparkan kata -kata benci pada Hikmah ...menyalahkan Hikmah atas berkahwinan ini.. arghh tidakk!! Naim yakin Hikmah sayang dia..dan dia pun errr?? okay sejak ketiadaan Hikmah dalam rumah banglo Naim...umah itu sunyi dan paling sunyi tuan rumah iaitu NAIM!.. Naim rindu Hikmah ...rindu semua tentang gadis yang kecik molek dan bersopan  santun...
Tanpa Hikmah telah mengajar Naim tentang erti kasih sayang, erti perkahwinan yang sebenarnya halal cuma dia yang selalu menepis hakikatnya Hikmah ialah jodohnya..Jodoh yang diberi Allah ...seharusnya di jaga .. Bersalahnya dia pada Hikmah dan pada Allah.....
Benar  orang... jika sesuatu yang tak pernah kita hargai hilang ..baru kita sedar kewujudan sesuatu itu....tetapi saat kita ingin hargai sesuatu itu sudah hilang tinggalkan kita......

*******************
 
Cerai??!!! Kamu dah gila ke Naim?? "Marah Encik Halim pada Naim....Adakah patut Naim ingin menceraikan Hikmah kerana hanya mereka tak saling jatuh cinta! geram hatinya dengan Naim !!
"A'ah ayah, Naim dah tak sanggup nak seksa Hikmah..lagipun Hikmah yang mahukan ini semua"keluhan dilepaskan....selepas 3 minggu Hikmah meninggalkan Naim seorang diri di rumahnya,Hikmah telas menghantar mesej mengatakan dia mahu bercerai....Terduduk Naim bila membaca mesej tersebut tanpa di sedari air mata Lelakinya berderai ....Hikmah inginkan perceraian mungkin kerana tak sanggup hidup bersama lelaki kejam sepertinya.....
"Kamu jangan nak ikutkan Hikmah itu..kamu suami, jadi tolong bawa perbincang terlebih dahulu.."
Naim terdiam....sudikah Hikmah memaafkan dia??....hurmmmm

Hikmah pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan barangan keperluan Hikmah... Hikmah meninggalkan banglo milik Naim tanpa membawa pakaian... Hikmah balik ke kampung Arwah Ayahnya.... di sana lah dia membuat keputusan meminta Naim melepaskan dirinya sebagai Isteri naim..supaya suaminya dapat kebahagiaan bersama Zanita... Jika itu boleh buat suami gembira dia sanggup di ceraikan...
Naim sampai dirumah melihat Kereta milik Hikmah berada di luar pagar ..dia yakin Hikmah dah pulang...gembira hatinya tak terkata....
Hikmah terdengar ketukan pintu...ini mesti suaminya siapa lagi yang berada dirumah ini ..tak kan Zanita getus hati Hikmah....Dengan malas Hikmah membuka sedikit pintu itu,
"Abg nak bincang something...boleh tak?"Abg?? tergamam Hikmah..sebelum Ini Beraku kau, kadang-kadang Berawak saya...hari ini Abg?? pelik sungguh Naim .....Ujar hati Hikmah...
"yang termenung itu kenapa..buka lah pintu ini.."Naim menolak pintu bilik Hikmah dan duduk dibirai katil.... dia tak tahu nak memulakan bicara bagaimana..perasaan malu telah menyelubungi dirinya...
Hikmah malas nak mengambil tahu tentang apa yang ingin dibincangkan oleh suaminya..bukan mahu kurang ajar tetapi takut hatinya tak kuat untuk mendengar setiap butir bicara suaminya..mungkin dia akan diceraikan sekarang atau Naim ingin bincang tentang Zanita..Pilu rasanya hati Hikmah saat ini..saat genting..hatinya berdegup rancak.....sehingga dia sendiri boleh mendengar degupan jantungnya....
"Tiada apa yang perlu dibincangkan. Abang kahwin sahajalah dengan Zanita itu, Hikmah tak kisah lagi..Yang penting sekarang kita Cerai..Hikmah akan pujuk Ibu terima kenyataan Abg dan Hikmah tiada jodoh...Sebab jodoh Abg dengan Zanita bukan Hikmah. Hikmah hanya watak sampingan sebagai pengantara Abg dan Zanita...Abg Hilal memang tak guna sebab tinggalkan Hikmah ,apa-apa pun Hikmah dah maafkan dia tetapi Hikmah tak kan balik pada dia sekiranya dia pulang menagih simpati pada Hikmah... Semoga Abg bahagia dengan pilihan abg" Dengan tegas  jawapan Hikmah pada Naim....Dia sudah sedia di ceraikan walaupun hatinya dihiris sekalipun..!!
"Hikmah maafkan abg...Tolong jangan minta cerai..hurmmm abg....err err"Naim cuba memujuk hati Hikmah yang semakin degil meminta cerai padanya...Naim tak kan ceraikan Hikmah!! kerana hatinya sekarang sudah cintakan Hikmah bukan Zanita.....dia rindu hikmah ..dia sayang Hikmah.... ketiadaan Hikmah 3 minggu sudap cukup ajar dia erti sayang pada hubungan yang halal ini....."Abg sayangkan Hikmah, abg tahu semua salah abg..abg layan hikmah dengan teruk tapi Hikmah tetap bersabar dengan abg... abg tahu Hikmah selalu terasa hati dengan abg..abg tahu itu semua..abg nampak Hikmah menangis sebab abg..abg minta maaf Hikmah please sayang jangan tinggalkan abg " Naim memegang bahu Hikmah sambil merenung mata Hikmah yang redup.... "Sayang tolong cakap something ...Abg nak dengar suara Hikmah yang dulu ceria selalu..Abg rindu semua itu...Abg tak nak semua itu berakhir dengan bercerai... Abg merayu dengan Hikmah ....tolong maafkan Abg..."
"Hikmah penat menagih cinta abg ..Hikmah penat dengan lakonan ini..berlakon depan keluarga kononya kita berdua bahagia...sedangkan tidak...abg tak pernah bagi Hikmah peluang jadi isteri abg..abg selalu jauhkan diri dari Hikmah...Abg buat hikmah seolah patung hiasan..Hikmah penat dengan semua ini" Hanya esakan yang didengar oleh Naim... tak sangka Hikmah begitu baik sehingga selalu menahan sakit di hati kerana Naim..
"Sayang, Kita mula hidup baru mahu tak? Abg janji akan sentiasa dengan Hikmah kita lupakan semua yang pernah berlaku sayang...abg tak bercerai dengan Hikmah....tolong sayang...."
"Tapi abg sayangkan zanita...dan abg nak kahwin dengan dia...Zanita tak nak dimadukan...sebab itu Hikmah minta cerai..Hikmah nak lihat Abg bahagia.."Luahan hati Hikmah kenapa dia beria ria mahukan perceraian dari Naim...
"Tidak! Abg sudah bunuh cinta abg untuk Zanita..Abg dah semai benih cinta untuk hikmah seorang sahaja mulai saat ini...sayang maafkan abg.."Hikmah senyum melihat kesungguhan Naim meraih kemaafan dan cinta Hikmah.... rasanya tak salah jika dia memberi peluang kedua pada Naim..sebenarnya Hikmah sudah sejuk hatinya di saat Naim mengata Cinta padanya..cuma dia mahu melihat benarkah Naim betul-betul jatuh cinta pada dia... Rupanya memang benar....
"baiklah abg, Hikmah maafkan... hurmm Hikmah pun tak sanggup nak berpisah dengan abg..Hati Hikmah mungkin akan berdarah tanpa henti.."Gembira Naim mendapat kemaafan dari isterinya.... Dia senyum dan cium pipi Hikmah berkali -kali sehingga Hikmah malu....Hikmah sekadar menunduk selepas dibuat demikian ...malu sungguh malu walaupun yang menyentuhnya suami sendiri....
"sayang..."panggil Naim....
"Ya abang.."Hikmah masih menundukkan kepalanya....perasaan malu masih ada....
"Pandanglah abg..."Rayu Naim dengan suara yang cukup romantik bagi Hikmah.....
Hikmah memandang lalu tetiba terasa sesuatu yang hangat mengena bibirnya.......
Naim hanya tersenyum puas dan Hikmah terasa bahang di pipinya kerana malu di kucup sebegitu di bibir merah miliknya.....

Okay Ending agak mengarut ke?? haha okay nantikan CERPEN ke-4 Fiza ..

Older Post | Newer Post
Cerpen Saya
: terukir-cinta-untuk-ku
: dia-pilihan-ku
: benci-akhirnya-cinta.
: cinta-si-kasar
: dipenghujung-cinta-adam
: Coming Soon..
: Coming Soon..
: Coming Soon..

NAVIGATION HERE